Thursday, November 12, 2009

recycle TIPS no.1

tahukah anda??



  • 100,000,000 botol PET digunakan setiap tahun di Malaysia, Singapura dan Brunei.


  • 85,000,000 botol PET berakhir sebagai sampah.


  • Tempat pelupusan sampah penuh dengan toksid yang dihasilkan oleh botol PET dan meresap ke dalam tanah.


  • Ini akan mencemarkan dan membahayakan air minuman kita.


  • Untuk menghasilkan 100,000,000 botol PET, 1,000,000 ton karbon dioksida dihasilkan!! - source: katalog tupperware terbaru... :-D


Oleh itu, marilah kita KITAR SEMULA botol-botol PET untuk selamatkan bumi kita...


Aku sebenarnya dah lama kumpul botol air mineral ni. Banyak dah aku kumpul. Nasib baik ruang dapur kat rumah tu besar, leh la letak sampah berharga aku ni kat situ walaupun laki aku dah bising bila la aku nak p jual botol PET tu. :-D



Untuk kumpulkan botol PET ni memerlukan ruang yang agak besar (kalau nak kumpul banyak-banyak la..). Jadi, apa yang aku buat ialah aku PENYEKKAN botol PET ni macam yang ditunjukkan dalam gambar di atas, dan aku dapat jimatkan ruang. Boleh la letak lebih banyak botol PET dalam satu tempat (*-*)/


Senang, kan.

Bila dah kumpul banyak-banyak, boleh la jual.. Kali terakhir aku jual botol PET ni harga dia RM0.05/kg. Untung memang tak banyak, tapi, sekurang-kurangnya, jumlah botol PET yang terdampar kat tempat pelupusan sampah tu dapat dikurangkan...

LET'S RECYCLE!!

Saturday, November 7, 2009

s@mB@L BeL@c@N...

yang secoet tu la sambal belacanku.. huhu.. podeh!!


hari ni duk umah jer. x balik bidor. x balik uk. ruhi lak keje.
so, duk umah apa lagi... spring cleaning la...
dari dapur sampai ke bilik...
dari pagi, sampai la ke tengahari..

pastu, teringin lak nak masak sendiri ari ni.
masak tahu kering+soon masak air (favourite.. yum yum)
ayam ala-ala masak kicap kering (tak berkuah)
dan akhir sekali... jeng je jeng...
sambal belacan... kegemaran hubbyku...

sebenarnya, ni kali pertama aku buat sambal belacan. (saja jer nk kecoh.. :-D)
nasib baik masa aku nak buat sambal belacan ni adik ipar aku dah bangun tido.
tanya resipi kat dia, then pandai2 la agak..

alhamdulillah, nasib baik menjadi walaupun dah terlebih masam.. ehehhe (perah limau terlebih).
plus, dapat komen +ve... huhu...
lain kali leh cuba buat lagi...

sukses... sukses...

Friday, October 9, 2009

budi bahasa seorang lelaki...

pagi ni aku kemalangan di depan air terjun uitm (laluan utama dan banyak kereta masa tu). aku terus hentikan neo di selekoh ke cancelori untuk melihat keadaan neo yang dilanggar dari belakang. kereta iswara merah yang melanggar kereta aku pun memberhentikan kenderaannya di hadapan neo.

lelaki itu keluar sambil memaki-maki aku dengan loghat utara. aku hanya meminta maaf kerana tidak mahu memanjangkan makian lelaki tersebut. aku tengok keretanya, tiada pun kemek atau kerosakan teruk. tapi badan kereta kiri belakang neo ada kesan geseran dan terpalit cat iswara merah itu.

lelaki itu meneruskan makiannya walaupun telah diminta hentikan makiannya terhadap aku oleh isterinya. ye lah, dia yang langgar neo, kereta dia pun tak de calar apa, tapi masih nak terus marah-marah. aku hanya minta maaf berkali-kali.

kenapa aku tak marah balik atau bertindak tegas?? pagi ni kepala otak aku tepu, letih outstation minggu ni tak habis lagi. isy, tak larat nak layan orang yang tengah marah-marah tu. lagipun, tak elok untuk baby.. takut keluar jer dia ke bumi ni, terus nak maki-maki orang.. nauzubillah... lagipun, buat apa nak layan orang macam tu, sama-sama buat dosa jer...

seperkara yang menarik perhatian aku di sini ialah, sampai jer ke pejabat, setiap orang yang lalu di situ bertanyakan tentang apa yang terjadi, tetapi seorang pun tak berhenti menolong mahupun bertanyakan khabar di tempat kejadian.

seorang rakan lelaki katanya dia tak dapat nak berhenti tadi sebab dah terlambat nak masuk pejabat.

seorang pembantu teknik lelaki berkata, dia tak berhenti sebab tengok orang tu marah-marah, kalau dia berhenti, takut dia pula yang kena pukul!! pulak..... aku pun membalas, "ko lagi rela la tengok perempuan yang mengandung kena macam tu daripada ko kena pukul!" hmm... lelaki apa tu ek??

seorang jurutera lelaki pula berkata, dia ingat aku yang langgar kereta orang tu, tu pasal la dia tak berhenti.

seorang pembantu teknik lelaki yang lain pulak, tak berhenti sebab dia tengok kereta ok jer...

tapi, kesemua mereka tu lalu di lokasi kejadian, nampak keadaan lelaki tu marah-marah, tangan naik-naik macam sotong, aku pulak macam bodoh (bak kata seorang budak fasiliti) jer tak lawan apa-apa. ini baru kat dalam kawasan uitm jer, belum lagi kat luar sana. mereka yang bertanya tu adakah sebab prihatin ataupun sebab perasaan ingin tahu??? hmm... simpati atau empati?

mungkin aku yang salah sehingga menyebabkan pergeseran tu, tapi, pemandu iswara merah, seorang pembantu am pejabat fakulti pendidikan tu tak patut mengeluarkan kata-kata kesat dan makian kepada seorang perempuan, yang mengandung pula. dah minta maaf berkali-kali pun, masih nak maki-maki lagi. ke mana perginya budi bahasa? kata, orang melayu ni kaya dengan budi bahasa..

mungkin ada benarnya kata seorang kak di pejabat ni, "kerja pun pembantu am pejabat, jawatan pun lagi rendah dari kerani, mentaliti dia pun rendah juga la.."

apa-apapun, ruhi dah telefon mamat pembantu am pejabat tu, dan dia minta maaf sebab maki-maki aku... thank you my beloved hubby....... :-*

Thursday, June 25, 2009

jom blajar pizza tanpa oven!!

Jom ramai-ramai belajar membuat PIZZA tanpa OVEN,

Dan extra belajar MASAK MUFFIN!!!

2 kelas dalam 1 MASA

Pada 28 hb June(AHAD)

di:Lot 119, Jalan Kempas,
Kampung TengahBatu 13,
Puchong
(Berdekatan dgn Putra Height & USJ).

2.00pm - 4.00 pm

:: Tiket RM5.00 sahaja, beli 5 percuma 1 tiket ::

- Lucky draw utk punctual attendance
-Attandance gift (special item!!)
-Fun Games
- Makan Free!!!
- Jualan Tupperware murah sehingga 50%!!!

Tmpt tidak terhad, datanglah beramai-ramai membawa keluarga dan sahabat handai(** bole bwk anak2 ye).

Pembelian exclusive barangan berkualiti ‘2-Way Saver’ pada harga RM39.90 untuk 2 unit.
Harga sebenar RM71.90.
JIMAT! 40%

Call Zatul 019-2675004
or mamaSyafiq 013-3929656
p/s: kalau sesat, leh la kontek aku...

mukabuku

TEKANAN.....

bila baru jer nk update mukabuku, error msg kuar.. "operation failed".. boring tul...

moral of the story, x yah nak update mukabuku ni time keje.... uhuk uhuk..

Thursday, June 18, 2009

giler Tupperware!!

ni sumer bermula bila join booth i-fest kt midvalley tahun lepas bersama wanitaniaga.com. kenal ngan zatul, geng yg jual tupperware... kencang gaks biz dia ari tu.

masa tu terpikir," kenapa la diorg ni beli tupperware? harga dia mahal sket dr yg kt giant atau c4.. hmm..".

then, sama-sama buka booth kt ukm n stadim malawati, shah alam. kencang gaks biz minah ni...

akhirnya, masa kt ukm (untuk kali ke berapa ntah buka booth kt situ), 'terberkenan' ngan go-flex, from flat to 950ml in just 4 seconds! kak wati la yang promo ni...





bulan 3 aku join tupperware (i'm a tupperware consultant now.. huhu) untuk dapatkan harga dealer. nak kumpul sebelum kahwin ni.. bila dah kahwin nanti, senang sket.. benda dah ada, tinggal nak isikan saja.. ternyata memang senang pun.. huhu...


sekarang dah bulan 6, aku dah beli banyak juga la barang tupperware ni sampaikan ruhi pun agak risau.. ni pun ada rasa nak membeli lagi ni... haiyak..


penangan gila tupperware!!

Thursday, April 23, 2009

mama dalam kenangan...

fuh... lama dah tak tulis blog... ada la dekat 2 bulan... isy isy isy...

hmm...

pagi semalam masa aku dalam perjalanan ke shah alam, dapat mesej dari q mengatakan mama dah mati kena langgar... sedih sungguh.. mama meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil dan masih menyusu...

mama, buah hati pengarang jantung kepada putih ditemui berhampiran tong sampah depan rumah kami dengan kepalanya ditutup daun. pagi sebelum aku bertolak ke tempat kerja, aku nampak mama minum air dari baldi di depan rumah dengan tenang. tak pula dia bising-bising macam biasa minta makanan.

2 hari lepas, semasa aku sampai ke rumah, kak wati kata mama dah balik rumah dengan anak-anaknya. mama ikut cakap kak wati untuk bawa anak-anaknya ke rumah kami. aku nampak mama masuk rumah dan makan bersama-sama putih.

**sedih sgt.. stop for now**

Thursday, March 5, 2009

Finally.. Mirage by Pesawat



akhirnya dapat juga aku tajuk, lirik dan penyanyi lagu ni... dah hari-hari dengar lagu ni rasa menarik laks...

bawah ni lirik lagunya..

Mirage by Pesawat

Cahaya terang menembusi
Bagai sebuah kisah misteri
Kau mungkin … asing
Kau mungkin …
pernah ku kenal sebelum ini

Resah gelisah dibuatnya
Bagai sebuah cereka cinta
Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau

Chorus
Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada di sisi

Apakah ini satu mimpi
Terasa bagai sebuah delusi
Ilusi … mata
Mainan … jiwaku
Semakin kacau

Chorus

Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau

Chorus

Wednesday, March 4, 2009

Welcome to the world Zul Jr.


Semalam aku ke Darul Ehsan Medical Centre di Seksyen 9, Shah Alam bersama Fauzi untuk melawat newborn Zul Jr. Puas aku tanya bapa dia, En. Zul Azam apa nama anaknyer.. tapi, tak dapat jawapannya.

Baby boy ni, berat dia 3.5kg lahir pada 1 Mac 2009. Kulit dia putih macam maknya.. cerita pasal maknya, pergh.. kulit putih gebu giler.. aku tak nampak satu pun kesan jerawat. Bila dia dah habis pantang ker apa, aku nak tanya, apakah rahsia kegebuan kulitnya... ehehehe..

Menurut Fauzi, persekitaran di tempat asal dia memang nyaman, udara bersih, hijau ajer.. Ntah bila la aku nak ke sana.. Kami duk rancang juga nak ke rumah mak mertua Zul di Sabah. Tunggu aku nikah dulu, Zul Jr besar sikit n family Fauzi gather semua, then sama-sama p vacation kat sana... i can't hardly wait.. huhu...

Friday, January 23, 2009

Now Open @ L1, Plaza Alam Sentral


Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya berjaya dapat tapak untuk baju bayi ni.
Hari ni hari pertama, tu sebab nampak kereta tolak agak membosankan.. Tak ada apa-apa hiasan yang menarik pun kat kereta aku ni. :-D
Insya-allah esok, pergi beli lampu dan apa-apa yang patut untuk hiasan kereta aku ni. Huhu..
Kereta ni akan bertapak di sana selama 3 hari, Jumaat, Sabtu & Ahad di sebelah kedai kain Nagoya kat Tingkat 1, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Aku harap dapat bertahan lama la kat sana.
Selain baju bayi ni, ada juga baju muslimah. Tapi, minggu ni tak ada banyak la sebab akak baju muslimah tu tengah fokus kat PKNS, ada promosi maal hijrah kat sana.
Senang-senang, jenguk-jenguk la kereta kami ni. Ada macam-macam baju bayi dan beberapa item yang boleh dibuat hadiah untuk bayi baru lahir.

Tuesday, January 13, 2009

Last night dinner... mee rebus+sate

mee rebus ($3.50)


sate ayam.. yum yum.. ($6.00)

makan bersama ika n k mazyah @ sec.7, s.a. ($zillion)

::taken with my w800i::

Monday, January 12, 2009

Congratulations on ur Wedding, Rozy!!


From left: Hanim (awek sani.. huhu), Tiey & son (Shahmi), Azmi (groom), Rozy (bride), me n Sani
11.01.2009
Wisma Sejarah, Kuala Lumpur

Friday, January 9, 2009

aKhIrNya... sate ikan



Akhirnya...
Berakhirlah ke'kempunan'an aku terhadap menda ni... Kebetulan semalam tergerak hati nak ke pasar malam. Almaklum, dah lama sangat tak ke sana. Jalan punya jalan, ternampak sate ikan ni. Apa lagi, hatiku melonjak gumbira la. Bukan apa, semasa aku ke majlis penutup program membaca di Anjung Rahmat tu, aku ternampak ada seorang budak makan sate ni.
Aku pun bertanya (Hyatt yang tolong tanyakan sebenarnya..), "Beli kat mana ni dik?". "Kat bawah tu", jawab adik tadi. Balik tu, kami tercari-cari penjual sate ikan tu, malangnya gagal dikesan. Kenpunan ler aku..
Bukan apa, masa aku sekolah rendah dulu, ada seorang abang ni jual sate ikan naik moto. Selalu juga la beli. Masa tu harga dia 10sen 1 cucuk. Sekarang ni dah naik harga dah. 20sen 1 cucuk. Boleh la..
Janji aku dah tak kempunan sate ikan lagi... huhu.. \(^-^)/

Thursday, January 8, 2009

TrAfFiC Part 1

Good morning sunshine...

Minggu ni minggu pertama kerja untuk 2009. Lambat dah 2 kali. Apa nak jadi la..
Minggu ni aku mengambil keputusan untuk tidak bermalam di Shah Alam. Nak buat eksperimen sikit.
Semalam aku ambil keputusan untuk tidak melalui Lebuhraya Persekutuan untuk balik ke UK, sebaliknya aku melalui NKVE.
Masa yang dicatatkan: 56 minit. Jarak: 49km. Tol: RM2.60
Biasanya, kalau ikut LP, mahu 2 jam perjalanan baru sampai rumah! Kalau macam ini la gayanya, boleh la ikut NKVE untuk hari-hari selepas ini ;-)

Hari ni, aku pergi kerja ikut jalan yang biasa aku lalui. MRR2 - AKLEH - NPE - LP. Bertolak kul 7:00pg jam EKku.

Masa yang dicatatkan: 63 minit. Jarak: 47km. Tol: RM5.80.

Esok aku cuba ikut NKVE untuk ke S.A. Nanti bolehlah timbangtara mana yang lebih menguntungkan. Huhu..

***Duit minyak?? Fikir-fikirkanlah***

Wednesday, January 7, 2009

Selamatkan Palestin!! Pulaukan Israel!!


ANGGOTA penyelamat memeriksa keadaan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui tertimbus dalam runtuhan rumahnya selepas serangan tentera Yahudi ke atas rumah ahli Hamas di Zeitun, semalam. - Berita Harian Online, 7.12.2009



Sedih. Pilu. Marah. Kesal.


Semuanya bercampur-baur. Ke manakah perikemanusiaan?? Marilah kita sama-sama berdoa agar saudara kita di Gaza selamat dan serangan dihentikan. Amiin.
Kita mungkin tidak mampu menghulurkan bantuan tenaga di sana, tapi kita masih lagi boleh berdoa dan memboikot barangan AS/Israel.
Mercy Malaysia sedang mengumpulkan dana membantu mangsa di Palestin. Jom derma!! Mana tahu dengan RM1 yang kita sumbangkan, mungkin mampu membantu meringankan beban mereka.
***Dah tak pergi McD, tak minum Coca Cola, tak makan Maggi, tak guna L'oreal, tak pergi Carrefour, tak guna tisu Kleenex, tak beli Ambi Pur. Barangan Nestle masih dalam pengurangan penggunaan.***

Monday, January 5, 2009

Save Our Children 2008!

Semalam aku dan hyatt menghadiri majlis penutup iSina School Holidays Reading Programme 2008 di Anjung Rahmat, Gombak. Kami bertolak agak awal sebab takut sesat walaupun Gombak dengan UK taklah jauh mana. Akhirnya, kami tiba pun awal juga. Jumpa dengan kak Lizah, penganjur program ni. Kecil molek orangnya. Lagi kecil daripada aku. Tapi, kami tak sempat berbual panjang sebab kak Lizah sibuk membuat persiapan majlis.
Program ni sebenarnya adalah program membaca untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca. Program kali ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik iaitu anak yatim piatu, miskin, anak ibu tunggal, anak OKU, anak mualaf, anak daripada keluarga besar dan anak daripada keluarga yang ibu/bapa/adik-beradik berpenyakit.
Penglibatan aku bermula sewaktu aku terima e-mail daripada Zufina November lepas pasal program ni. Bilamana aku baca mengenai ramai budak yang tak reti membaca walaupun dah darjah 6, rasa sedih pun ada, kesian pun ada. Teringat masa aku sekolah kat GRS2 dulu. Ramai juga budak kelas aku yang tak lancar membaca dan menulis walaupun masa tu kami dah darjah 6. Jadi, aku rasa, mereka ni patut dibantu. Nak pergi ajar mereka tu aku tak mampu (mengajar memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi!!). Apa yang termampu, adalah hulurkan sedikit sumbangan $$.
Balik dari majlis tu, aku rasa rugi pula tak war-war dengan bersungguh-sungguh dengan rakan-rakan yang lain sebab ada lagi kanak-kanak yang memerlukan penajaan (untuk program kali ni). Insya-allah, kalau ada umur panjang, tahun ni boleh hulurkan sumbangan lagi.
Di sini aku sertakan sedikit petikan daripada e-mail yang aku terima. Agak panjang, tapi, kalau ada masa bacalah sampai habis. Mana tahu kalau-kalau tahun ni ada lagi program macam ni.
THE iSINA SCHOOL HOLIDAYS READING AND WRITING
PROGRAMME
Assalamu'alaikum wrt wbt. My name is Rahmalizah Ali and I am actively involved in helping children master the skill of reading. For the past three years I've been involved in teaching/training young school going children how to master the skill of reading. It has been an eventful journey and an inspiring one as well; all because of two main reasons:
1) Too many school children in Malaysia suffer the gruesome consequences due to their inability to master the reading skill "in time".
2) No real efforts are taken to seriously understand this problem, thus leaving these children with no future in quality education.
A survey carried out by NUTP (National Union of the Teaching Profession) shows that there are about 5% of school children in most of the country's SK (Sekolah Kebangsaan) who have not mastered the skill of reading and writing. These children are from Standard 2 up to Standard 6. The percentage isbelieved to be much higher in the rural area. The percentage is also much higher if pupils from Std 1 are included. In a survey carried out by the Ministry of Education (April 2006) has revealed a startling fact that more than 35% of std 1 pupils in Peninsular Malaysia were unable to master the reading and writing skills even after 4months of schooling.
The state of Terengganu recently has also declared concern after discovering 7,430 of its Std 1 pupils have not been able to master the skill of reading and writing after months of undergoing school lessons (Utusan : 23 Mei 2008).
It is also a known fact that there are still a big number of secondary students in Malaysia who still have not mastered the reading and writing skills. (NUTP survey shows 2.66%).
HOW I GOT STARTED…
When my own son showed difficulty in mastering the reading skill, I too was dumbfounded. At first I thought it must be the kindy teacher who did not know how to teach. And so, I enrolled him in a reading programme (which was hyped to be the BEST so far method in the country at that time). However,the programme failed to make him read correctly.
Being an IT professional/ analyst, I began to start analysing the problem. I began doing my own little research in 1999. I bought all the reading programmes (Bahasa Malaysia) and books to teach him myself and found that his response to all of them were still very poor. I began analysing reading (english) methods and Iqra' (arabic) methods and found some alarming facts about the skill of reading and what traditional methods in Bahasa Melayu have been doing to a big minority of our children today.
Before I knew it, in 2006, I published my first book. It is a step-by-stepguide for parent/teacher to start teaching the reading skill (Bahasa Melayu) to a young child. It was not meant to be commercialized. We printed the book because it was cheaper to print than to photocopy the programme and distribute to friends and family members with similar problems. The programme was alhamdulillah,… successful so far. The objective of theprogramme was to enable MAJORITY of the children to understand and master the reading skill, with ease, efficiency and speed. I needed a name to distinguish the method from others, so I called it i-Sina; taken from
the famous ibnu Sina.
Soon, more parents came for my help. By end of 2006, I have developed another method to assist "confused" children to unravel their misconceptionof reading to a proper approach to understanding and correcting their way of reading through a series of remedial exercises. I call it the Kaedah Pemulihan i-Sina.
Through this method, my team and I have assisted many school children.I was alarmingly surprised and pleased to find that my years of research had paid off and all the children responded well to the programme in such short periods of time. We were pleasantly surprised that more than 80% of the"pemulihan" students, showed positive responses and were progressing well within 2 to 4 weeks of coaching and training. The best part was we even helped many dyslexia children to overcome their difficulty in reading and writing after their many unsuccessful attempts of special lessons elsewhere.
I have even developed a fast method to teach writing to these special children. Contrary to the belief that once you can read, you can write; I found that most of these children who have just mastered reading, still cannot write. The fact is reading and writing are two separate skills andboth require different set of exercises (eg: one can read the Quranic verseswell but can he write them as efficiently?). For a dyslexic child with severe sequencing problem, writing (penulisan) is a nightmare!! With the Kaedah Penulisan iSina, we help special children to master the skill of writing efficiently. Not writing letters…. But writing words and building sentences on their own.
Of course you need to be able to read first before you can write. That was why the first command of Allah SWT that came down to Rasulullah SAW was"IQRA'"…. Read!
THE MISSION
So many children in Malaysia suffer from inproficiency in reading. Some of them appear to be able to read, but because they are reading incorrectly or too slowly, thus they still are unable to comprehend what they read, resulting in poor understanding and eventually poor examination results. Children coming from the average and above average income family are luckier than their counterparts, having options to be sent to extra tuitions and special lessons. However, the under-privileged children are not so lucky.
I have met several children who fall under the "poor" category and are unable to get themselves out of their illiteracy condition without help. Their parents are too busy getting food on the table and the state ofilliteracy of their children are not prioritized. Heck, even their neighbours' children are like that, so why bother? It is even more sad to see parents with disabilities such as blindness, deaf and dumb, etc who are concerned about their children but are unable to assist them in any way.
The only way out for these children to a prosperous formal education is via their "remedial" teacher (cikgu pemulihan) in their school. If luck is on their side, they will get a concerned, sincere and creative teacher who can pull them out of their dark world into a world of literacy. Else, they will remain blind to letters for years to come. Excellence in education is beyond their reach and their future remain dim. Unfortunately, this is the case inmost remedial classes; the teachers do not care; and even the ones that do, do not know what to do to help. Thus, majority of these children remain illiterate.
Hence, my mission began. I started the sponsor-a-child programme in Nov2007 and approached my friends and families to support these under-privileged children to give them the reading and writing skills they so urgently require to ensure a better future in their education. During the school holidays in 2007, we held a 26 days programme and helped 49 out of 59 children to read and write and almost all of them were taken out of their remedial classes beginning of the school year 2008, alhamdulillah. Since then I have started a class to continue assisting under-privileged children; about 10 to 15 children every month.
The under-privileged children that we have helped came from around Kuala Lumpur (believe it or not). They are from the PPR (projek Perumahan Rakyat) and PPRT (projek Perumahan Rakyat Termiskin) DBKL homes/flats and most of them come from very poor families. Our criteria for under-privilegedchildren are:
1) orphans
2) children of single mothers
3) children of disabled parents (eg: blind, deaf and dumb)
4) children of mu'alaf
5) children of poor-income families (household income of RM1500 and below)
6) children from big families and many dependants (eg: 8 and above children plus old grandparents)
7) children from family with illness (parents or other siblings with illness)
FACTS TO BE CONCERNED
When I started this mission to teach children how to read, I have discovereda few startling facts.
1) Most of these children who can't read in schools are Malay Muslim BOYS. Through
our experience, more than 65% of the remedial students in schools are boys. No wonder there is a major apprehension concerning the scarcity of qualified male undergraduates enrolled in our local universities. No wonder there are so many boys influenced by sordid unislamic cultures that tend to drain out their faith in Islam. No wonder the "mat rempits" are doubling in number by the year and juvenile crimes are in the rise.
2) Most of these children DO NOT suffer from learning disabilities such asDyslexia, or ADHD, and can be easily trained to read. They just don't UNDERSTAND the correct way of reading, and traditional methods DO NOT help. These traditional methods also contribute to many students NOT being able toread the english language efficiently.
3) By the time the children reach Year 4 (primary level) and still can't read, it is HIGHLY UNLIKELY for them to achieve quality learning (excellence is out of the question) in the remaining years of their formal education, and VERY LIKELY to start playing truant and perform other unbeneficial activities. What kind of future do you think lies for these unfortunatechildren?
4) Time is very crucial. We need to get these children to read ASAP (AS SOONAS POSSIBLE)!! Most of the teaching/training methods used in schools are not effective and poorly handled. As a result of that, these children remained in their "REMEDIAL (PEMULIHAN KHAS)" classes for months and even years, wasting precious time. Imagine if your child could only master the reading skill at year 2 primary, then he would have missed and have to catch up at least one year of his formal school lessons. What if the child started reading at level 6? How many years of lessons would he need to catch up?
5) Once these children have mastered reading much later than intended, probably in year 2 and above, their journey in formal education had just started; thus a training in "efficient-reading" , "comprehension" and "efficient-writing" needs to take place so that the children can "catch up"with their lessons in class. Otherwise, they can just read and yet, still perform poorly in school.
6) Most teachers liaising with these children (such as pemulihan khas, BM and class teachers) in primary level do not contribute to making things better (sorry if I've offended anyone), by calling and labeling these children as lazy, stupid, idiots etc… These children then begin to hate school and start to rebel by the time they reach secondary level. By then, any efforts to instill good learning behaviour is probably useless. Eventhough they can already read as early as in Year 3, to catch up is not entirely possible without help. So who will help them?
WHAT WE NEED TO DO
Please spread the word around. There's a school holiday programme that we conduct every year end. This year is no execption. Please help by sponsoring a child that needs help. If your own child needs help, please also let us know of how we can help. You can also sponsor your own child into the programme. We only assist to help you help more children.
I am looking for very generous sponsors with high understanding of performing amal jariah in this form. Education is the BEST form of amal jariah as it carries through even long after our death, insyaAllah. Imagine every beneficial word that a sponsored child reads and writes will too benefit us all. And every beneficial actions that the child performed from his reading and writing, will continue to nurture us. And as long as the"ilmu" continues to grow and flourish, we will be getting its fruits. InsyaAllah.
We are also seriously thinking into partnering with other parties to take this programme to other states to help more children. Seriously, if we don't do something now, we will have 5% of the nation's population consisting of uneducated and even illiterate youths. God knows we are probably facing it sooner than we think, looking at the juvenile cases already taking place in our schools.
For those who sincerely want to help out and support my mission and those who have generously helped out last year and the past few months, I sincerely hope one day Allah SWT will repay your kindness and generosity multiple times over. I thank all of you for your precious time.

Wassalam 'alaikum wrt.
RAHMALIZAH ALI

Saturday, January 3, 2009

aKeMaShItE oMeDeTou..

huhu...

dah 2009... maknanya umur aku dah bertambah lagi tahun ni... azam tahun baru? macam tahun-tahun yang lepas, tiada azam baru. nama aku jer dah cukup membawa makna "kelebihan azamku". jadi, azam saja yang lebih.. tak payah nak tambah-tambah lagi..ehehhee...

banyak yang aku harapkan tahun ni untuk diri aku.
  • berjaya tamatkan sarjana
  • berjaya tamatkan status "dalam percubaan"
  • berjaya tamatkan status "bujang" (harap-harap la.. hihihi.. malu, malu...)
  • berjaya tamatkan apa yang aku dah mulakan (biasanya hangat-hangat tahi ayam jer)
semuanya nak tamat dengan jayanya.

apa-apa pun, aku berazam untuk menulis blog ni secara konsisten mulai tahun ni.. huhu..

selamat tahun baru...