Wednesday, February 20, 2013

kencing manis? not this time.. huhu

hari ni ada appointment ngan doktor kt klinik desa. tunggu daripada pukul 9:30pg tadi. sampai sekarang (11:45pg) tak masuk-masuk lagi. mereka yang periksa perut dan baby dah lama selesai. dah lengang pun klinik ni. agaknya doktor periksa dengan teliti setiap pesakit, tu yang ambil masa tu. sesambil tunggu tu, cik bejeweled, cik astro ngan cik iquran menemani selama 2jam lebih nih.

sejak awal tahun hari tu dah mula rutin ke klinik desa ni. pemeriksaan baby ke3 kami. hehe.. rasa macam baru jer lepas bersalin, dah mengandung balik. hehe.. tapi, yang bestnya pregnancy kali ni, LULUS MGTT. kira tak ada kencing manis kali ni. huhu.. alhamdulillah...

pregnancy kali ni juga, 100% mengamalkan vitamin semulajadi jenama shaklee. tak ambil vitamin klinik. yang penting, nutrisi untuk ibu mengandung diambil secukupnya.

makan vitamin apa tu?

vitamin basic untuk kesihatan diri iaitu vit c, b complex dan multivitamin (keluaran shaklee dinamakan vitalea). plus, ostematrix (kalsium magnesium, vit d & more seperti yang tertulis di label) sebagai pengganti susu memandangkan susu adalah minuman yang  cukup payah kutelan. trimester kedua, tambah makan omega dan soy protein.

nampak macam makan banyak sangat vitamin, kan? tapi, semua tu bukannya makan sekaligus. ada cara pengambilannya. yang tu citer di lain entry.

p/s: doktor suruh minum air gula bila baby umur 7 bulan nanti sebab ada sejarah silam. minta-minta lulus juga.. aamiiin...

Wednesday, January 30, 2013

speech therapy

hari ni appointment speech therapy jannah kali ke3. mula-mula pergi dulu masa jannah berumur 2 tahun 4 bulan. masa tu jannah sebutir apa pun tak cakap lagi. sesi pertama, doktor hanya beritahu 3 jenis senaman. tapi, dalam 3 tu, kami buat satu jer iaitu bergayut. lagi 2 senaman tu 1) lunjurkan kaki, capai ujung jari kaki dengan jari tangan. kaki kena lurus, tak boleh bengkok.
2) siku kanan sentuh lutut kiri, siku kiri sentuh lutut kanan. nak buat berdiri pun ok, duduk pun ok.

appointment ke2, 4 bulan selepas itu. alhamdulillah jannah dah tunjuk progress. boleh sebut nak, susu etc. sesi kali ni, doktor sarankan ajar dia buat 2 perkataan dalam satu ayat. contoh, "nak susu".

then finally, hari ni appointment yang ke3. doktor kata jannah dah ada banyak progress, dah mencapai tahap percakapan sesuai dengan umur dan bercadang nak stop therapy ni. kes jannah ni tak kronik katanya. alhamdulillah. cuma doktor sarankan jannah ke sekolah untuk mahirkan skil sosial dan lancarkan percakapan. lepas 4-6 bulan jannah ke sekolah, doktor suruh datang lagi buat appointment untuk tengok progress. kalau makin lancar, speech therapy jannah sakat di situ sahaja.

syukran ya allah.

noor jannah, keep up the good work! xoxo

Friday, January 18, 2013

semangat yang hilang

jannah.. jannah..

hari ni jannah betul-betul buat jantung ibu luruh. jannah main masuk jer dalam lif tanpa ibu. ibu kan suruh jannah tunggu dulu sementara ibu kejar alee yg lari arah lain.

handset ibu jannah pegang, jadi ibu naik jer ke rumah sambil berlari bawa alee dan barang-barang. ibu bagitau abah, terus abah keluar cari jannah. nasib baik alee tak menangis masa ibu turunkan dia. agaknya alee pun terkejut kot. apsal la ibu aku berlari-lari ni.

ibu call jannah guna telefon rumah. nasib baik jannah angkat. ibu dengar suara jannah pun macam tengah dalam ketakutan. ibu tunggu jannah depan lif. lif kanan sekali terbuka. jannah tak ada. lif kiri sekali terbuka, tapi, jannah pun tak ada. ibu tunggu lif tengah buka dengan harapan jannah ada dalam tu.

alhamdulillah, jannah ada dengan abah. abah kata dia jumpa jannah kat level 1 tengah cakap telefon sambil ditemani oleh seorang wanita. terima kasih kepada wanita tersebut sebab tunggu jannah sampai abah sampai.

yang jannah ni pun satu, mentang-mentang dah jumpa abah, muka dia selamba jer macam tak ada apa-apa yang berlaku. boleh main-main lagi. ibu tak lalu nak marah jannah. sampai sekarang ibu rasa lemah semangat. lutut longgar, tangan menggeletar lagi.

tak apa la. yang penting, jannah dah selamat ada kat rumah dengan ibu. syukran jazilan ya allah.

Thursday, January 17, 2013

blogger apps

happy betul hari dapat download apps blogger. semangat menulis datang balik. hari ni jer dah 4 posting di blog yg berlainan.

tapi, bila blogging via hp ni, ingat dah tulis panjang lebar, rupanya sikit jer isinyer. tak apa. yang penting blog ni dah kurang sawangnya.. huhu★

new year, new activity

tahun 2012 dah 17 hari melabuhkan tirai. welcome 2013. azam 2013? entah la.

walau bagaimanapun, tahun baru dimulai dengan pembukaan AP Burger di hadapan apartment kami. alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan. perniagaan ini dikongsi bersama salah seorang jiran kami.

namun, 'jodoh' tak panjang, sang biz partner menarik diri dan hari ni merupakan hari terakhir perkongsian tersebut. en hyat, ganbare... start esok dah berniaga sendirian. mesti tak menang tangan dan hadapilah dengan tenang yer. (^^)v