Tuesday, April 8, 2014

Kekuatan Sebenar Manusia


Sumber: rakan usrah rohaniah


Tazkirah : Tafsir Surah Sod (Ayat 71-72)

-Kekuatan Sebenar Manusia-

Kalau ditanya kepada kanak-kanak, apakah yang dimaksudkan dengan negara maju?

Kanak-kanak Malaysia hari ini mungkin dengan riangnya menjawab,

"Ada bangunan tinggi-tinggi, ada train macam LRT, kereta semua lawa-lawa, guna handset touch scrin, tablet dan lain-lain."

Adik besar nanti nak jadi apa?

"Doktor. Engineer. Arkitek. Artis."

Sebab apa?

"Nanti banyak duit. Baru best."

Tapi berbeza dengan suatu zaman di Madinah dulu.

Bilamana seorang ulamak terkenal bergelar Imam Ahmad, berjalan di sebelah sebatang pokok. Tiba-tiba dia mendapati ada beberapa orang budak sedang bergayut, bermain di atas pokok itu. Imam Ahmad terus menegur,

"Hai anak-anak, jangan bermain di atas, nanti jatuh. Cedera."

Dengan riangnya mereka berkata,

"Kalau kami jatuh, kami saja yang cedera. Tapi kalau Tuan Sheikh jatuh, seluruh umat akan cedera."

Umur yang sama, tapi manteliti yang jauh berbeza.

-------------------
Ayat 71 dan 72 Surah Sood ini, nak ceritakan kepada kita sebuah peristiwa yang besar dan agung.

Walaupun diyakini ramai yang sudah tahu, hafal dan hadam. Tapi ramai yang 'miss' hakikat agung dalam cerita ini.

Simple saja.

Adam dibuat dari tanah. Dan apabila dah lengkap ciptaan, Allah tiupkan Roh lalu para malaikat pun terus bersujud kepada Adam.

Ayat ini nak membawa sebuah hakikat bahawa, Adam bila sempurna anggota jasadnya dibentuk daripada tanah, dia tidak membawa apa-apa makna dan harga.

Tapi..

Setelah Allah tiupkan Roh (yg tersimpan di sisi-Nya) ke dalam jasad itu, barulah para malaikat di langit terus bersungkur sujud kepada Adam, sebagai tanda hormat.

Jadi kedua ayat ini menjadi bukti bahawa, elemen ROH itulah yang menjadi punca seluruh malaikat sujud kepada Adam.

Di situlah terletaknya kemuliaan manusia.

Yaitu "ROHnya"

Jadi kalau kita pandang manusia, jangan kita pandang sepertimana iblis memandang manusia. Iblis kata apa?

"Err, tanah. Jijik. Hina."

Dia fokuskan pada tanah, hina.

Tapi, pandanglah kita bilamana dimasukkan ROH
yang tersimpan di sisi Allah yang mulia, semua Malaikat di langit tunduk, hormat pada kita manusia.

Jadi hebat manusia adalah pada aspek Roh dalam badannya. Di situlah tempat pembangunan diri manusia yang asli.

Walaupun manusia terbahagi dengan 3 fakulti. Roh, akal dan jasad. Tapi ketiga-tiga fakulti itu tidak sama kekuatannya.

Ayat ini bukti yang paling jelas bahawa Allah lebihkan pada bahagian ROH. Kekuatan roh inilah yang perlu kita bangunkan dan pelihara kesuciannya.

Tapi, bila mana melihat keliling kita hari ini. Suasana seolah-seolah mendidik kita, bahawa elemen roh itu tidak ada.

Semua orang fokus pada jasad dan akal saja. Buktinya kita pun boleh lihat sendiri iklan-iklan di tv, di internet, majalah dan suasana masyarakat.

Masing-masing nak luruskan rambut, cerahkan muka, bau badan wangi, pakaian 'branded', style, fesyen itu ini. Gajet saja cecah ribuan. Remaja-remaja sibuk belajar, sana sini, tuisyen dua tiga tempat, untuk ditumpahkan dalam dewan periksa semata. Berputar situlah rutin harian hidup kita.

Kita hidup di zaman di mana manusia sanggup buat apa saja demi nampak hebat pada mata orang. Hidup terpenjara pada "apa orang kata".

Habis semua benda buat untuk tunjuk pada orang. Na'udzubillah.

Kita hebat dari sudut 'form', tidak dari sudut 'substance'.

Bilakah kita serius meneliti hati dan rohani kita bagaimana?

Sedangkan mulianya kita, sehingga seluruh malaikat yang infinity itu tunduk hormat pada kita sebab Roh yang Allah beri istimewa dari sisiNya.

Kita sibuk menghias badan, sibuk mengurus akal, sedangkan hati kita sedang demam, sedang koma, kita tak sedar.

Umpama kita beli buah, kita nilai pada kulit luarnya saja, tak ambil peduli dalamnya buruk ke, masam ke.

Quran jarang baca, solat tinggal, solat jemaah tak minat, masjid jauhi, majlis ilmu tak pergi.

Yang ramainya di mana?

Pasar, supermaket, shopping mall, stadium, pusat hiburan.

Justeru, ulama' tafsir menyebut,

"Siapa yang mengabaikan aspek Rohani dalam hidupnya, bererti hinalah dia seperti tanah yang iblis sebut pada awalnya. "
Tafsiran yang lainnya adalah,

"Orang yang mengabaikan aspek rohi ini beerti dia setuju dengan pengiktirafan iblis bahawa manusia itu daripada tanah dan hina. Justeru iblis berminat pada dirinya dan menemaninya sepanjang kehidupan."

"Bagi orang yang sibuk membangunkan roh dan jiwanya, malaikat seluruh alam akan hormat kepadanya dan bersama menemani menjaganya sepanjang hidupnya."

Jadi marilah kita jealous dengan rohani seseorang, yaitu imannya. Hubungannya dengan Allah. Manis dalam ibadah. Bukan jealous dengan pakaian orang, dengan wajah orang, atau harta seseorang. Itu semua tak bermakna di sisi Allah. Sikit pun Allah tak pandang. Tapi apabila kita balik bertemu dengan Allah kelak, yang nak selamatkan kita bahagia selama-lamanya adalah 'Qalbun Saleem'. Ya'ni rohani atau dalaman jiwanya yang bersih, terpelihara dan sihat.

Siapa dalam kalangan kita yang tidak kenal Bilal Bin Rabah r.a, seorang hamba abdi berkulit hitam, kepala botak dan tebal bibirnya.

Tapi Rasulallah pernah memanggilnya dan berkata,

"Wahai Bilal, aku mendengar bunyi tapak kaki kamu dalam syurga."

Subhanallah.
Bilal sebelum Islam seorang hamba dipandang hina, tapi setelah Islam dibina rohaninya sehingga dia wafat sebagai seorang Gabenor di Syria.

Marilah kita jadikan pembangunan Roh ini, satu agenda besar dalam hidup.
Dengan itu kita akan terus mulia,terpelihara dan menjadi manusia yang sebenar insyaAllah.

Allahua'lam...

Wednesday, January 8, 2014

Kewangan Malaysia akan jatuh: Sejauh mana persediaan anda?

Kewangan Malaysia akan jatuh: Sejauh mana persediaan anda?

Defisit negara sudah mencecah bilion ringgit, hutang negara bertingkat tingkat, bank bank sudah mula menamatkan servis mesinnya di premis premis, mesin ATM selalu kehabisan wang kertas di dalamnya, pemilik akaun mula menerima surat dari bank tentang penutupan akaun simpanan, kedai kedai sudah mula melekapkan papan tanda ‘Tunai Sahaja’ (tidak lagi menerima kad kredit). Semua ini adalah peringkat pertama sesebuah negara itu akan mengalami kegawatan ekonomi.

Anda pasti tersentak apabila terbaca dalam grup Facebook Jutawan Gold ( Gold Investor Club) , mencanangkan bahawa negara kita akan mengalami kegawatan ekonomi atau mungkin sekali lagi seperti yang berlaku pada 1997. Saya mencari dalam Google dan terjumpa beberapa keping kandungan laman web yang menerangkan tentang kegawatan ekonomi ini. Jadi atau tidak kegawatan itu bukan persoalannya sekarang ini. Menyalahkan pemimpin, menyalahkan perdana menteri, malah isterinya turut sama disalahkan, sebenarnya bukanlah tindakan yang bijak. Ya saya tahu memang salah mereka, tapi apakan daya kita, kita bukannya ada kuasa untuk menurunkan dan menjatuhkan sesiapapun kerana semuanya telah dikompromi dan diatur oleh golongan berdarjat tinggi dan boleh buat apa saja sesuka hati mereka.

Sekarang bukannya masa untuk bersenang lenang, bukannya masa untuk bersuka ria, bukan pula masa untuk menyalahi golongan ‘terhormat’. Jika anda bijak pandai, anda langsung tidak fikir semua itu, anda tidak ambil peduli akan hal ehwal politik yang tidak pernah bersih dan sangat meragukan itu. Tanggungjawab kita hanya pengundi dan pembayar cukai sahaja bagi mereka. Bagi mereka, apalah sangat kekuatan kita, silap haribulan terhumban juga kita dalam penjara, kes selesai, negara kita masih ‘aman’.

Maksud saya di sini, sekarang adalah waktu anda jaga diri anda sendiri. Sekaranglah masanya anda perlu regangkan badan dan usaha bersungguh sungguh untuk diri sendiri, bukan untuk kerajaan, bukan untuk pemimpin, bukan pula untuk menjadi hamba abdi majikan anda.

Sekurang kurangnya anda mesti sudah membuat sesuatu yang anda boleh buat untuk menyelamatkan diri dari terkesan daripada gelombang maut kejatuhan ekonomi negara ini, sekaligus, anda boleh bangkit menang dari semua penganiayaan ini.

Jadi apa yang perlu kita buat sebenar benarnya? Apakah persediaan yang boleh kita buat? Jika anda bijak pandai, mari ikut apa yang saya senaraikan dalam artikel ini.

1. Larikan diri daripada berhutang

Keluar dan lari sekuat hati daripada tawaran tawaran menarik untuk berhutang dan lunaskan semua hutang secepat mungkin. Jika sudah selesai melunaskan semua hutang sekali pun, jangan berhutang lagi! Buatlah apa sahaja untuk melunaskan semuanya, dapatkan kerja pada hari cuti, jual barang barang yang tidak perlu dan banyak lagi.

2. Mula bekukan wang anda, simpan emas atau perak

Sudah berkali kali saya katakan. Simpanlah emas dan perak, simpanlah emas dan perak, simpanlah emas dan perak. Tiada yang lebih selamat lagi daripada membekukan simpanan wang ringgit kesayangan, yang wangi lagi harum itu, beku menjadi ketul ketulan emas. Jika berlaku kegawatan ekonomi, anda boleh gadai emas emas yang telah dikumpul anda. Semasa berlakunya kegawatan ekonomi, apa sahaja barang akan naik harga dan tidak berpatutan, kecuali satu sahaja, logam yang berbentuk kepingan emas dan perak.

3. Buat satu kit kecemasan yang lengkap

Bayangkan anda ingin pergi berkhemah di dalam hutan, apa yang perlu anda ada? Sudah pasti anda perlukan lampu, bateri, lampu sinar LED, ubat ubatan, makanan, khemah, dapur, api, air, beg tidur dan khemah. Kenapa pula sampai begitu persediaannya? Biar saya jelaskan. Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di Argentina, bekalan elektrik dan saluran air akan terjejas kerana syarikat tidak mampu lagi membelanjakan wang untuk menyelenggara dan membaiki kerosakan yang mungkin akan berlaku pada janakuasa elektrik dan loji air mereka. Bekalan terputus (blackout) akan sering terjadi bila bila masa dan mengambil masa sehingga 5 hari atau seminggu, seperti yang telah berlaku di Buenos Aires, pada suatu ketika dahulu. Jika adanya lampu berbateri, lilin dan api, kita tidak akan bergelap lagi pada masa itu. Belilah siap siap barang barang keperluan untuk persediaan ini bagi menggantikan elektrik dan tenaga. Bagi menggantikan bekalan air, belilah beberapa tempayan untuk menyimpan air, kita benar benar tidak boleh meramal apa yang akan berlaku pada hari kegawatan ekonomi nanti. Jika terjadinya gangguan bekalan gas semulajadi, masa itulah gunanya pengganti dapur gas yang kita sudah beli siap siap dahulu. Kita benar benar tidak boleh meramal apa yang berlaku dan yang tidak akan berlaku di hari yang penuh kekalutan itu.

3. Rumah anda, benteng pertahanan anda.

Adakah akan berlaku perang? Di negara yang aman ini? Sekali lagi saya ulang kita tidak boleh meramal. Dengan pelbagai berita buruk dan yang tidak pernah kita dengar dahulu sudahpun kita dengar sekarang. Kes tembak menembak, rompakan secara berhadapan, rusuhan, perhimpunan haram dan macam macam lagi. Tambah pula penjenayah kita bukannya berstatus graduan Diploma dan Ijazah seperti di Amerika, pasti memburukkan lagi keamanan negara bertuah ini. Jadi pasanglah jeriji tingkap, pagar besi, pintu keras sedikit dari biasa. Jangan pula pasang kamera CCTV kerana pihak polis bukan lagi boleh membantu kita di saat huru hara itu.

4. Tukar pemikiran anda.

Ini sudahpun saya ulang tadi tetapi saya ingin memberitahu kegawatan ekonomi yang telah terjadi di Argentina, kebanyakan mereka berpendapat mengatakan “tak mungkinlah semua ini terjadi”. Jadi belajarlah dari kesilapan oleh orang orang Argentina ini.

Berehat sebentar, fikir sejenak dan mula meng’audit’ diri sendiri, pernahkah anda buat semua ini? Jika pernah, teruskan, jika belum, saya paksa anda terus ambil tindakan secepat mungkin. Secepat mungkin? Cepat sangatkah ianya akan berlaku? Berapa cepat?

Soalan yang bagus. Ya, memang cepat. Apabila negara kita sudah masuk tahap pertama seperti sekarang ini. Kekurangan pelaburan, peningkatan kadar faedah, pengangguran, pengurangan subsidi dan belanja kerajaan terhadap rakyat, bank pula sudah memberi alasan untuk tidak mahu memulangkan wang simpanan semasa penutupan akaun. Jadi selamat sangatkah wang yang kita simpan dalam bank hari hari itu?

sumber : http://www.jutawangold.com/kewangan-malaysia-akan-jatuhsejauh-mana-persediaan-anda/

Tuesday, January 7, 2014

2014 oredi??

Oh my... dah masuk 7 hari dalam tahun 2014.. 

tahun lepas tak banyak cerita kat hitorigoto ni.. adeh la.. kekangan masa peribadi bersama alam maya.. dah tak de masa nak cakap sorang-sorang dalam hitorigoto ni. nak-naknya sekarang ni dah bertambah ahli keluarga sampai tak sempat nak ber'hitorigoto'.

*hitorigoto = cakap sorang-sorang

ok, nak recap year 2013.

1. AP burger

awal tahun, permulaan AP Burger. tapi, jodoh tak lama dengan biz partner. en hyat buat sendiri dengan bantuan kak nana. tapi, jodoh pun tak lama dengan biz sebab en hyat dapat kerja baru yang memerlukan dia kerja shift. so, tak best la kan kedai kejap buka kejap tutup. gerai pun disewakan kepada ex securtity kat AP ni. bulan puasa pula kawan ni tak buka gerai sampai la sekarang. 

2. Jannah & 'Alee masuk tadika

pertengahan bulan 3, jannah dan 'alee dimasukkan ke tadika zaara untuk trial selama 2 minggu. ini berikutan ketidakserasian jannah di rumah pengasuh baru. baru belok jer nak masuk ke jalan pengasuh tu, terus menangis dah. tak mau turun kereta.. haru hiru di pagi hari setiap hari selama 3 bulan!

tukarkan jannah dan 'alee ke pengasuh baru mula-mula tu sebab nek tam kata dah nak pindah, pastu macam dah kurang stamina memandu daripada shah alam ke puchong, puchong ke shah alam sehari-hari pagi dan petang sebab mengandung untuk kali ketiga. masa tu baby dah 7 bulan dalam kandungan. perjalanan shah alam - puchong - shah alam pagi dan petang tu pun ambil masa 3 JAM tau! adeh la..

di tadika baru ni, tak ramai orang masa tu. ada 8 orang student jer. patut untuk budak umur 4, 5 dan 6 tahun je. tapi, sebab 'alee dah pandai jalan (sejak umur 11 bulan), diorg terima jer. terima kasih tadika zaara. sekarang ni jannah dan 'alee masih di sana dan alhamdulillah jannah serasi di sana. 'alee?? oh, 'alee sayangku ini memang ok jer letak mana-mana (buat masa ni la). entry diorang kat tadika zaara, buat lain kali... 

3. Ofis terbakar

bulan 4, ofis pula terbakar.. adeh la.. ada kongsikan kat FB gambar ofisku yang terbakar. alhamdulillah, barang-barang yang paling penting yang disimpan di ofis; tafsir quran (ni hantaran daripada en hyat), sijil2 pendidikan etc daripada sekolah rendah sampai sekolah jopun, external hard disk yang mengandungi segala maklumat kerja tidak hangus terbakar.. tapi, ada kesan kebakaran.. haaa.. camno tu? buku-buku zaman jopun dulu yang tinggal kat opis tu pun terbakar sudah.. sayang betul..

lepas dah terbakar tu, kawan-kawan opis la tolong ambilkan barang yang agak-agak masih boleh digunakan. almaklum la mak yung masa tu. tak selamat naik ke lokasi kebakaran. opis pun berpindah ke bangunan bengkel kenderaan. sampai sekarang masih di situ.

yang bestnya duduk kat bengkel ni, sebelah ada cafe. sarapan, lunch sumer kat sebelah jer. jimat duit petrol kami! hehe..

4. Kelahiran Jad Thaqeef

Alhamdulillah, tanggal 11 Jun 2013, telah lahir seorang khalifah di muka bumi ni yang diberi nama Jad Thaqeef bin Ruhi Hayat. Lewat 7 hari dari EDD. Kelahiran secara csect. Berat 3.8kg. Sebabnya, kepala dia tak masuk pun kat jalan sepatutnya. sangkut sikit kat tepi. doktor kata tak sampai nak tarik dia guna vacuum mahupun forcep. jalan dah buka 10cm.. aiyo.. sakit yang amat. first time rasa air ketuban pecah sendiri dan sakit menarik2 kat perut ni ha.. tak pulak sakit kat belakang.. lain anak lain rasa bersalinnya.. lain entry la cerita pasal bersalin jad ni. dengan tumpah darahnya, masuk darah, rahim koyak.. haish.. macam-macam.

Berpantang kat rumah Q. alhamdulillah masa tu Q tak kerja lagi.. boleh dia tolong jaga time pantang. big thanks to you sis! alhamdulillah, tak lama lepas habis pantang tu, Q pun dapat kerja.. syukran allah... buat baik dibalas baik...

5. Masuk kerja balik

Tanggal 9.9.2013, masuk opis balik setelah bercuti selama 3 bulan. fuh.. banyak yang perlu catch up! berdesup-desup buat kerja.. huhu... tak ada la.. tapi, kira dalam masa 3 bulan ni (sep - dec), lebih kurang 7 dokumen diiklankan. pastu sibuk buat analisa.. huhu.. sungguh hectic hidupku.

Dah kerja ni, letak jad thaqeef kat mana? ha.. jangan tak percaya, letak balik kat puchong, rumah nek tam. sanggup tu.. anyway, kali ni nek tam betul-betul nak pindah. last hantar jad pada 31.12.2013. mulai 2.1.2014, jad ditempatkan di taska.. be strong jad!

hujung september paling best bila dapat slip gaji. huhu.. gaji kena potong sebab elaun kritikal terlebih bayar katanya. ok, fine. dia tuntut elaun kritikal untuk tahun 2010 dan 2013. ok, fine. potong sebanyak 2 kali dan elaun semasa dibekukan. ok, fine. sengkek. ok, fine.

6. EKku masuk 'hospital'

Bulan 11, EK masuk hospital sebab bila break jer macam sangkut-sangkut. Bawa pergi 'hospital'. 'Doktor' kata ada banyak nak kena tukar. OK. cost me about RM2.5k. OK. payment mode: installment for 2 months. nasib baik akauntan 'hospital' ni dah kenal.. tu yang boleh buat installment. hehhe.. but, unfortunately, bawa 2 minggu, jadi lagi. break, sangkut-sangkut. aik? apa dah jadi? mengadu kat 'doktor'. dia buat apa tau? dia buat something yang keluarkan lampu 'ABS' di monitor. FOC. lepas tu dah tak de sangkut-sangkut. OK. kalau itu yang dia buat mula-mula, tak de la habis beribu. tapi pun, sebenarnya memang perlu pun buat tu. tukar timing belt.. memang dah sampai masa dan parts yang dia tukar tu pun memang dah worn out. kiranya, mungkin dengan keluar rm2.5k, dapat selamatkan rm25k. i redha. sengkek.

7. Bisnes

Hoho.. profil biz dah bertambah. 2009 sertai Tupperware. aktif sehingga kini. 2009 juga sertai Zhulian sebab kawan merangkap upline offer belikan water filter guna card credit dia. tau-tau dah naik pangkat jadi supervisor ker manager ker apa ntah. tanpa perlu buat apa-apa. best, kan? kawan tu pun dah berkahwin dan duduk di negara seberang. 2011 sertai shaklee. aktif sehingga kini. 2013 sertai tunetalk tone excel. masih dalam proses mengenali potensi program ni. 

itu semua MLM... hoho.. memang la MLM, tapi produk daripada syarikat ni semua aku guna. tapi, belum sampai tahap menjana pendapatan yang tinggi. sebabnya, tak share sangat dengan kawan-kawan atau sedara mara. kira guna sendiri, diam-diam sudah.. bagi newbies dalam biz, boleh la cuba jual produk MLM ni. asah skill promosi dan menjual. syarikat-syarikat ni ada bagi training. sanggup dengan tak sanggup jer pergi ke kelas. tapi, dengan shaklee, belajar online jer. amat mudah.

selain daripada join syarikat MLM ni, pada tahun 2013 permulaan perniagaan buku. buku pertama adalah 'Belajar Emas Dalam 10 Bab' tulisan Nor Fazilah Abd Mohd (www.jutawangold.com). buku yang sangat bagus bagi mereka yang ingin memulakan simpanan emas. 2013 permulaan perniagaan kain cotton keluaran Hanan Amani Apparel. cukup glemer sampai masuk Nona TV3 dengan Astro Awani. kain bermutu premium. semalam baru pakai sehelai ke opis. best best dan sangat best. tak panas bila pakai di luar opis, tak sejuk bila pakai di dalam opis. last but not least, dec 2013 permulaan perniagaan sabun. yang ini alhamdulillah menjadi titik permulaan perniagaan tanpa modal yang amat memberangsangkan.

bila buat biz main-main, hasilnya pun main-main la yer.. upline tupperware dah berjaya sampai buka kedai tupperware di segamat. upline shaklee dah berjaya dapat income 4 angka secara konsisten. upline zhulian jer dah ke seberang laut.. hihihi... well, kesimpulan tahun 2013, profil biz bertambah, tapi profit tak bertambah sebab tak buat sungguh-sungguh.. huhu.. sampai bila pun tak ke mana dengan biz dek non oi kalau ini la gayanya....

8. Henpon

Part yang paling sadis! Awal tahun, cik xperia terjun daripada tingkat 9. suspek utama miss J dan mr. A. lepas cik xperia terjun, masing-masing diam-diam ajer tak minta langsung henpon untuk tengok upin ipin. boleh? Hujung tahun, cik xperia j pula M.I.A kat rumah ayah. charge kat kerusi depan. tau-tau dah tinggal wayar charger ajer. masih berkabung. pakai balik en sony W995 sehingga diberitahu kelak. in the meantime, NO WHATSAPP, NO LINE, NO NO NO... huargh... (ToT)

Kesimpulan

suka duka tu adat la dalam hidup ni. tapi, masih bersyukur kerana masih bernafas dan dikelilingi oleh ahli keluarga yang sangat supportive di kala kesusahan. banyakkan membaca dan cuba berubah ke arah kebaikan di dunia dan akhirat.

farewell 2013.

welcome 2014.