Showing posts with label JaNNaH. Show all posts
Showing posts with label JaNNaH. Show all posts

Sunday, June 24, 2018

Jannah... Oh jannah..

Semalam Jannah minta jemput Abah di kubur bawa balik rumah....

Ibu tak boleh la sayang...

Allah dah jemput Abah...

Kita jumpa kat syurga nanti ya...

Saturday, February 4, 2017

Chicken pox di awal tahun 2017

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلي على محمد وعلى آل محمد

Pembukaan tahun 2017 ni dengan ujian daripada Allah anak-anak jatuh sakit.

Mula dengan jannah demam panas, suhu tinggi selama seminggu. Makan antibiotik ok seminggu. Selesema tak ok pula. Makan antibiotik macam ok sikit.

Alee kena chicken pox dulu start 12/1/2017. Mulanya hantar ke tadika. Lepas tu cikgu check badan alee ada sebiji dua bintik merah. Cikgu suruh bawa ke klinik untuk check ada chicken pox ker idak sebab ada kes anak kat tadika tu kena chicken pox. Sekali doktor kompemkan memang ada chicken pox.

Bila dapat jer pengesahan doktor, terus call akak admin tanya opis ni gunapakai pekeliling cuti kuarantin tak?  Dia kata gunapakai. Ok, great! Terus pegi ofis isi borang cuti kuarantin. Start la cuti 5 hari. Taska pun diarah tutup lebih seminggu oleh JKM.

Selang beberapa hari tu, jad pula kena chicken pox. Mohon sambung cuti kuarantin lagi. Kira dekat 2 minggu juga la tak pergi kerja. Jad punya lambat sikit keringnya. Lebih daripada seminggu. Tapi, alhamdulillah alee dan jad tak de la beriya menggaru dan elok jer aktif bermain.

Sementelah cuti dua minggu, lepas habis sekolah, jannah balik rumah. Main-main dengan adik-adik. Memang tak dapat nak asingkan. 1 minggu lepas jad baik chicken pox, jannah pula kena.

Jannah kena paling teruk. Demam panas sampai 39.5°c. Masa bawa ke hospital shah alam sebab demam tinggi tu, baru jer 3 biji tumbuh. Siang tu dan beberapa hari seterusnya chicken pox dengan ganasnya keluar hampir keseluruh badan. Muka, kaki, tangan, kepala tak yah cakap la. Malam jer demam dan garu-garu terutama kat kaki. Ibu paling risau pasal jannah. Makan antibiotik dan ubat demam tanpa cengkelat. Dh hari ke5 baru ibu stop ubat demam jannah sebab dah tak ada demam atau dedau. Antibiotik esok last.

Chicken pox jannah pun dah kering semuanya. Alhamdulillah. Tunggu yg kering-kering tu tanggal jer. Tapi, masa ni la paling kritikal. Takut boleh berjangkit.

Masa jannah kena chicken pox, abahnya yang ambil cuti jaga jannah. Abah kesian kat ibu dah cuti lama jaga alee n jad. Terima kasih en. Hyatt.

Ni dengar cha pula kena chicken pox.. Siannyer baby ibu yang baru setahun lebih tu.. Harap-harap tak teruk macam kak jannah ek. Mommy, bertabah la yer!

Awal tahun ni rasanya penularan chicken pox la sebab anak kawan kat ofis pun kena. Doktor kat klinik pun kata ramai staf organisasi tempat kami kerja tu minta cuti kuarantin sebab anak chicken pox.

Tapi, khabar angin bertiup mengatakan yang organisasi kami kerja ni belum gunapakai lagi pekeliling cuti kuarantin tu.. Huarghh.. (ToT) nangis mak!

Apaper pun, tq along sebab tolong teman dan jaga anak-anak time abahnya balik kampung hari tu. 😘😘

Wednesday, January 30, 2013

speech therapy

hari ni appointment speech therapy jannah kali ke3. mula-mula pergi dulu masa jannah berumur 2 tahun 4 bulan. masa tu jannah sebutir apa pun tak cakap lagi. sesi pertama, doktor hanya beritahu 3 jenis senaman. tapi, dalam 3 tu, kami buat satu jer iaitu bergayut. lagi 2 senaman tu 1) lunjurkan kaki, capai ujung jari kaki dengan jari tangan. kaki kena lurus, tak boleh bengkok.
2) siku kanan sentuh lutut kiri, siku kiri sentuh lutut kanan. nak buat berdiri pun ok, duduk pun ok.

appointment ke2, 4 bulan selepas itu. alhamdulillah jannah dah tunjuk progress. boleh sebut nak, susu etc. sesi kali ni, doktor sarankan ajar dia buat 2 perkataan dalam satu ayat. contoh, "nak susu".

then finally, hari ni appointment yang ke3. doktor kata jannah dah ada banyak progress, dah mencapai tahap percakapan sesuai dengan umur dan bercadang nak stop therapy ni. kes jannah ni tak kronik katanya. alhamdulillah. cuma doktor sarankan jannah ke sekolah untuk mahirkan skil sosial dan lancarkan percakapan. lepas 4-6 bulan jannah ke sekolah, doktor suruh datang lagi buat appointment untuk tengok progress. kalau makin lancar, speech therapy jannah sakat di situ sahaja.

syukran ya allah.

noor jannah, keep up the good work! xoxo

Friday, January 18, 2013

semangat yang hilang

jannah.. jannah..

hari ni jannah betul-betul buat jantung ibu luruh. jannah main masuk jer dalam lif tanpa ibu. ibu kan suruh jannah tunggu dulu sementara ibu kejar alee yg lari arah lain.

handset ibu jannah pegang, jadi ibu naik jer ke rumah sambil berlari bawa alee dan barang-barang. ibu bagitau abah, terus abah keluar cari jannah. nasib baik alee tak menangis masa ibu turunkan dia. agaknya alee pun terkejut kot. apsal la ibu aku berlari-lari ni.

ibu call jannah guna telefon rumah. nasib baik jannah angkat. ibu dengar suara jannah pun macam tengah dalam ketakutan. ibu tunggu jannah depan lif. lif kanan sekali terbuka. jannah tak ada. lif kiri sekali terbuka, tapi, jannah pun tak ada. ibu tunggu lif tengah buka dengan harapan jannah ada dalam tu.

alhamdulillah, jannah ada dengan abah. abah kata dia jumpa jannah kat level 1 tengah cakap telefon sambil ditemani oleh seorang wanita. terima kasih kepada wanita tersebut sebab tunggu jannah sampai abah sampai.

yang jannah ni pun satu, mentang-mentang dah jumpa abah, muka dia selamba jer macam tak ada apa-apa yang berlaku. boleh main-main lagi. ibu tak lalu nak marah jannah. sampai sekarang ibu rasa lemah semangat. lutut longgar, tangan menggeletar lagi.

tak apa la. yang penting, jannah dah selamat ada kat rumah dengan ibu. syukran jazilan ya allah.

Wednesday, April 25, 2012

'alee dah tumbuh gigi seusia 7 bulan

wah.. lama betul tak update blog yang satu ni. bersawang dah.. hehehe.. nama pun laman sesawang yer...

nway, kembali ke topik hari ni. pada 22 april lepas genap 'alee berusia 7 bulan. kami dapati 'alee dah tumbuh gigi.. 2 batang di bahagian bawah.. alhamdulillah.. nasib baik bukan tumbuh atas dulu...

patut la 'alee asyik meragam jer.. tak selesa gusi kot.. tp, alhamdulillah, 'alee amat bersopan waktu menyusu sehingga la malam semalam. tetiba dia gigit kuat-kuat masa menyusu tu.. adoyai... sakit ooo... tadi sebelum putera 'alee beradu, elok pula dia menyusu.. tak menggigit pun... baiknya anak ibu...

update terkini 'alee: dia dah boleh merangkak. sekarang ni sibuk nak berdiri.. habis aku dipanjatnyer.. kalau meniarap tu, seboleh-bolehnya guna apa yang ada untuk berdiri. tak kira la tarik baju ker.. tarik rambut ker.. jadi dia dapat berdiri. pantas sungguh anak ibu ni yer..

sekarang dah pandai nak berkongsi barang dengan kakaknya cik jannah. apa jer yang jannah pegang, dia pun nak turut serta. jannah pegang tab, dia pun nak tab juga. jannah pegang buku, dia nak buku juga. yang kakaknya asyik melarikan diri jer. tak pun merengek minta pertolongan ibu agar 'alee tak amik apa yang dia pegang... adeeh la..

apaperpun, alhamdulillah kesihatan kedua-dua anak ibu sentiasa baik.. syukran ya allah..

Sunday, February 19, 2012

PicsArt and Photo Grid

Oh... dah bersawang blog aku ni lama tak update. Azam tahun baru hari tu nak letak post lagi banyak daripada tahun lepas. Tp, tak apa, tahun ni sambung balik azam tahun lepas.

Berbalik kepada tajuk asal, bulan 12 lepas gila kejap dengan apps PicsArt dan Photo Grid. Dan hasilnyer... taraaa...


Wednesday, January 5, 2011

Gila sebabak-sebabak... Emas la pulak....

Laki aku kata aku gila sebabak sebabak. Aku pada mulanya tak faham apa maksudnya. Tapi, sekarang aku semakin faham. :-D


Sejak bulan 11 yang lalu aku banyak membaca mengenai pelaburan emas di http://www.jutawanemas.com/ dan http://www.pokli.com/. Kiranya sekarang ni aku gila melabur dalam emas pula. Hehehehe..

Sebelum ni memang aku ada baca mengenai pelaburan emas, tak kira la pasal emas jongkong/fizikal atau emas buku (Public Bank dan Maybank). Tapi, tak sampai tahap nak melabur. Baca pun untuk memenuhi masa yang terluang.

Tapi, bulan 11 yang lalu, Miss F datang ke bilikku dan suruh buka web http://www.publicgold.com.my/ untuk tengok harga semasa emas. Beberapa hari lepas tu pulak, Mrs N datang jelaskan mengenai pelaburan emas fizikal PG semasa tunggu giliran pembentangan projek kepada Jawatankuasa.

Dipendekkan cerita, aku mengorak langkah pertama membeli 1 Dinar (emas 916) dengan menggunakan duit raya Noor Jannah. Aku beli pun sebab termakan ayat-ayat Pokli yang membeli dinar untuk anak-anak pakai duit raya mereka. Pokli kata duit raya tu kalau disimpan dalam bank, setahun dividen berapa peratus je. Tapi, kalau melabur dalam emas yang kenaikan setahun lebih 20% tu, bila sampai Noor Jannah besar harganya pun dah naik.

Terus-terang aku cakap kat sini aku memang tak mahir dan tak minat pasal emas sebelum ni. Kalau sakat emas Zhulian tu aku tau la.. sebab dah dua kali masuk jadi ahli. Hehehehe.. Menurut kawan aku yang biasa dengan beli emas kat Habib mahupun Wah Chan mahupun Poh Kong tu harga emas dah naik berbanding dulu.

Terbukti benar sebab masa aku beli 1 Dinar pertama pada pertengahan November RM630. Hari ni aku tengok harga 1 Dinar dah jadi RM660 gitu. WOW!! Dalam masa 3 minggu jer dah naik RM30 lebih. Agaknya kalau lagi 18tahun, 1 Dinar Noor Jannah tu bernilai RM2k lebih kot.. $$$$$

Noor Jannah, ibu akan kumpulkan emas sedikit demi sedikit untuk Noor Jannah. Bila Noor Jannah besar nanti, ibu harap dengan emas ni dapat tampung pengajian Noor Jannah nanti. Tak perlu pinjam dengan PTPTN. Tak perlu pinjam dengan mana-mana bank. Dapat biasiswa tak pe. Hehehehe.. Ibu tak nak anak ibu nanti lepas belajar je dah tanggung beban hutang yang banyak. Semoga Allah permudahkan jalan untuk ibu kumpul emas. Aamiin…

Emas pertama Noor Jannah. Kecik jer...

Thursday, August 12, 2010

Jannah nyarap..


Jannah nyarap untuk kali ke 3 (time ngn aku) dalam masa 4 setengah bulan dia lahir ke dunia ni. Kali ni baru angkat kepala lama sket.

Kalau nak dibandingkan dengan ammar zia, si cilik tu dah guling-guling sampai nak pakaikan baju pun kena gusti dengan dia. Comei sangat!

Tak mengapa la jannah. Biar lambat asal selamat.

Kontrol macho jannah!!

Yareba dekiru zo!! Ganbatte ~


:::Pic taken by using Sony Ericsson W995:::

Tuesday, July 6, 2010

jannah..

jannah... skang ni dah 3 setengah bulan..

skang dah pandai jadi udang dah... angkat kepala, angkat kaki, melengkung macam udang... ekekekeke.. adeh la... kuat tul anak ibu nih..

kalau boleh nak orang mengadap dia.. tak kira la sapa. ibu ker.. abah ker.. mak cu ker...

jannah.. jannah...

harap-harap ari ni ok ye kat umah nek tam...


ammar & jannah
miss both of u

nanti ibu amik gambar jannah tengah meng'udang ' ek... ehhehehe