Showing posts with label MoTiVasI. Show all posts
Showing posts with label MoTiVasI. Show all posts

Tuesday, September 7, 2021

Apa yang saya syukuri hari ini

 Saya bersyukur saya

1. masih bernafas

2. sihat

3. ada tempat tinggal

4. ada makanan

5. berada dekat dengan keluarga

6. masih mempunyai pekerjaan

7. mempunyai kawan-kawan yang baik

Wednesday, January 12, 2011

Mata lalatkah? Mata lebahkah?

Seperti biasa, mendengar motivasi pagi di radio ikim.fm. Topik hari ni adalah mata lalat dan mata lebah.

Mata lalat. Macam mana mata lalat tu? Kita andaikan lalat dan lebah ni ada di sebuah taman. Tapi, dari pandangan mata lalat, apakah benda yang dicarinya? Mesti la najis, sampah dan benda-benda kotor. Berlainan pula dengan mata lebah. Lebah akan mencari bunga dan benda-benda yang indah walaupun ia berada di tempat yang kotor.

Perkara yang cuba disampaikan adalah kita yang berada dalam keluarga, kelas, sekolah, tempat kerja, organisasi ini sekiranya mempunyai mata lalat, maka kita akan melihat perkara negetif sahaja pada ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, bos kita dan pada orang lain. Tetapi, sekiranya kita mempunyai mata lebah, kita akan melihat yang positif sahaja pada mereka.

Jadi, kita pilih. Untuk menjadi mata lebah atau mata lalat. Untuk melihat nilai positif dalam diri seseorang ataupun melihat nilai negatif.

::: Kelabu mata :::

Monday, January 10, 2011

positive mind...

minda yang positif --> mendengar ilmu daripada sesiapa sahaja --> menganalisa maklumat --> membuat keputusan

minda yang negatif --> tertutup untuk mendengar sebarang ilmu ataupun terima/percaya bulat-bulat apa yang orang lain cakap --> langsung tak menganalisa maklumat --> NO GOOD...

bila yakin pada diri sendiri, kita mampu melakukan apa saja yang ada dalam sasaran kita.

-segmen motivasi pagi, ikim.fm. 2011 januari 10

::: yosh!! let's create S.M.A.R.T goals...Specific Measurable Attainable Realistic Timely :::