Thursday, November 12, 2009

recycle TIPS no.1

tahukah anda??



  • 100,000,000 botol PET digunakan setiap tahun di Malaysia, Singapura dan Brunei.


  • 85,000,000 botol PET berakhir sebagai sampah.


  • Tempat pelupusan sampah penuh dengan toksid yang dihasilkan oleh botol PET dan meresap ke dalam tanah.


  • Ini akan mencemarkan dan membahayakan air minuman kita.


  • Untuk menghasilkan 100,000,000 botol PET, 1,000,000 ton karbon dioksida dihasilkan!! - source: katalog tupperware terbaru... :-D


Oleh itu, marilah kita KITAR SEMULA botol-botol PET untuk selamatkan bumi kita...


Aku sebenarnya dah lama kumpul botol air mineral ni. Banyak dah aku kumpul. Nasib baik ruang dapur kat rumah tu besar, leh la letak sampah berharga aku ni kat situ walaupun laki aku dah bising bila la aku nak p jual botol PET tu. :-D



Untuk kumpulkan botol PET ni memerlukan ruang yang agak besar (kalau nak kumpul banyak-banyak la..). Jadi, apa yang aku buat ialah aku PENYEKKAN botol PET ni macam yang ditunjukkan dalam gambar di atas, dan aku dapat jimatkan ruang. Boleh la letak lebih banyak botol PET dalam satu tempat (*-*)/


Senang, kan.

Bila dah kumpul banyak-banyak, boleh la jual.. Kali terakhir aku jual botol PET ni harga dia RM0.05/kg. Untung memang tak banyak, tapi, sekurang-kurangnya, jumlah botol PET yang terdampar kat tempat pelupusan sampah tu dapat dikurangkan...

LET'S RECYCLE!!

Saturday, November 7, 2009

s@mB@L BeL@c@N...

yang secoet tu la sambal belacanku.. huhu.. podeh!!


hari ni duk umah jer. x balik bidor. x balik uk. ruhi lak keje.
so, duk umah apa lagi... spring cleaning la...
dari dapur sampai ke bilik...
dari pagi, sampai la ke tengahari..

pastu, teringin lak nak masak sendiri ari ni.
masak tahu kering+soon masak air (favourite.. yum yum)
ayam ala-ala masak kicap kering (tak berkuah)
dan akhir sekali... jeng je jeng...
sambal belacan... kegemaran hubbyku...

sebenarnya, ni kali pertama aku buat sambal belacan. (saja jer nk kecoh.. :-D)
nasib baik masa aku nak buat sambal belacan ni adik ipar aku dah bangun tido.
tanya resipi kat dia, then pandai2 la agak..

alhamdulillah, nasib baik menjadi walaupun dah terlebih masam.. ehehhe (perah limau terlebih).
plus, dapat komen +ve... huhu...
lain kali leh cuba buat lagi...

sukses... sukses...

Friday, October 9, 2009

budi bahasa seorang lelaki...

pagi ni aku kemalangan di depan air terjun uitm (laluan utama dan banyak kereta masa tu). aku terus hentikan neo di selekoh ke cancelori untuk melihat keadaan neo yang dilanggar dari belakang. kereta iswara merah yang melanggar kereta aku pun memberhentikan kenderaannya di hadapan neo.

lelaki itu keluar sambil memaki-maki aku dengan loghat utara. aku hanya meminta maaf kerana tidak mahu memanjangkan makian lelaki tersebut. aku tengok keretanya, tiada pun kemek atau kerosakan teruk. tapi badan kereta kiri belakang neo ada kesan geseran dan terpalit cat iswara merah itu.

lelaki itu meneruskan makiannya walaupun telah diminta hentikan makiannya terhadap aku oleh isterinya. ye lah, dia yang langgar neo, kereta dia pun tak de calar apa, tapi masih nak terus marah-marah. aku hanya minta maaf berkali-kali.

kenapa aku tak marah balik atau bertindak tegas?? pagi ni kepala otak aku tepu, letih outstation minggu ni tak habis lagi. isy, tak larat nak layan orang yang tengah marah-marah tu. lagipun, tak elok untuk baby.. takut keluar jer dia ke bumi ni, terus nak maki-maki orang.. nauzubillah... lagipun, buat apa nak layan orang macam tu, sama-sama buat dosa jer...

seperkara yang menarik perhatian aku di sini ialah, sampai jer ke pejabat, setiap orang yang lalu di situ bertanyakan tentang apa yang terjadi, tetapi seorang pun tak berhenti menolong mahupun bertanyakan khabar di tempat kejadian.

seorang rakan lelaki katanya dia tak dapat nak berhenti tadi sebab dah terlambat nak masuk pejabat.

seorang pembantu teknik lelaki berkata, dia tak berhenti sebab tengok orang tu marah-marah, kalau dia berhenti, takut dia pula yang kena pukul!! pulak..... aku pun membalas, "ko lagi rela la tengok perempuan yang mengandung kena macam tu daripada ko kena pukul!" hmm... lelaki apa tu ek??

seorang jurutera lelaki pula berkata, dia ingat aku yang langgar kereta orang tu, tu pasal la dia tak berhenti.

seorang pembantu teknik lelaki yang lain pulak, tak berhenti sebab dia tengok kereta ok jer...

tapi, kesemua mereka tu lalu di lokasi kejadian, nampak keadaan lelaki tu marah-marah, tangan naik-naik macam sotong, aku pulak macam bodoh (bak kata seorang budak fasiliti) jer tak lawan apa-apa. ini baru kat dalam kawasan uitm jer, belum lagi kat luar sana. mereka yang bertanya tu adakah sebab prihatin ataupun sebab perasaan ingin tahu??? hmm... simpati atau empati?

mungkin aku yang salah sehingga menyebabkan pergeseran tu, tapi, pemandu iswara merah, seorang pembantu am pejabat fakulti pendidikan tu tak patut mengeluarkan kata-kata kesat dan makian kepada seorang perempuan, yang mengandung pula. dah minta maaf berkali-kali pun, masih nak maki-maki lagi. ke mana perginya budi bahasa? kata, orang melayu ni kaya dengan budi bahasa..

mungkin ada benarnya kata seorang kak di pejabat ni, "kerja pun pembantu am pejabat, jawatan pun lagi rendah dari kerani, mentaliti dia pun rendah juga la.."

apa-apapun, ruhi dah telefon mamat pembantu am pejabat tu, dan dia minta maaf sebab maki-maki aku... thank you my beloved hubby....... :-*

Thursday, June 25, 2009

jom blajar pizza tanpa oven!!

Jom ramai-ramai belajar membuat PIZZA tanpa OVEN,

Dan extra belajar MASAK MUFFIN!!!

2 kelas dalam 1 MASA

Pada 28 hb June(AHAD)

di:Lot 119, Jalan Kempas,
Kampung TengahBatu 13,
Puchong
(Berdekatan dgn Putra Height & USJ).

2.00pm - 4.00 pm

:: Tiket RM5.00 sahaja, beli 5 percuma 1 tiket ::

- Lucky draw utk punctual attendance
-Attandance gift (special item!!)
-Fun Games
- Makan Free!!!
- Jualan Tupperware murah sehingga 50%!!!

Tmpt tidak terhad, datanglah beramai-ramai membawa keluarga dan sahabat handai(** bole bwk anak2 ye).

Pembelian exclusive barangan berkualiti ‘2-Way Saver’ pada harga RM39.90 untuk 2 unit.
Harga sebenar RM71.90.
JIMAT! 40%

Call Zatul 019-2675004
or mamaSyafiq 013-3929656
p/s: kalau sesat, leh la kontek aku...

mukabuku

TEKANAN.....

bila baru jer nk update mukabuku, error msg kuar.. "operation failed".. boring tul...

moral of the story, x yah nak update mukabuku ni time keje.... uhuk uhuk..

Thursday, June 18, 2009

giler Tupperware!!

ni sumer bermula bila join booth i-fest kt midvalley tahun lepas bersama wanitaniaga.com. kenal ngan zatul, geng yg jual tupperware... kencang gaks biz dia ari tu.

masa tu terpikir," kenapa la diorg ni beli tupperware? harga dia mahal sket dr yg kt giant atau c4.. hmm..".

then, sama-sama buka booth kt ukm n stadim malawati, shah alam. kencang gaks biz minah ni...

akhirnya, masa kt ukm (untuk kali ke berapa ntah buka booth kt situ), 'terberkenan' ngan go-flex, from flat to 950ml in just 4 seconds! kak wati la yang promo ni...





bulan 3 aku join tupperware (i'm a tupperware consultant now.. huhu) untuk dapatkan harga dealer. nak kumpul sebelum kahwin ni.. bila dah kahwin nanti, senang sket.. benda dah ada, tinggal nak isikan saja.. ternyata memang senang pun.. huhu...


sekarang dah bulan 6, aku dah beli banyak juga la barang tupperware ni sampaikan ruhi pun agak risau.. ni pun ada rasa nak membeli lagi ni... haiyak..


penangan gila tupperware!!

Thursday, April 23, 2009

mama dalam kenangan...

fuh... lama dah tak tulis blog... ada la dekat 2 bulan... isy isy isy...

hmm...

pagi semalam masa aku dalam perjalanan ke shah alam, dapat mesej dari q mengatakan mama dah mati kena langgar... sedih sungguh.. mama meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil dan masih menyusu...

mama, buah hati pengarang jantung kepada putih ditemui berhampiran tong sampah depan rumah kami dengan kepalanya ditutup daun. pagi sebelum aku bertolak ke tempat kerja, aku nampak mama minum air dari baldi di depan rumah dengan tenang. tak pula dia bising-bising macam biasa minta makanan.

2 hari lepas, semasa aku sampai ke rumah, kak wati kata mama dah balik rumah dengan anak-anaknya. mama ikut cakap kak wati untuk bawa anak-anaknya ke rumah kami. aku nampak mama masuk rumah dan makan bersama-sama putih.

**sedih sgt.. stop for now**