Thursday, March 5, 2009
Finally.. Mirage by Pesawat
akhirnya dapat juga aku tajuk, lirik dan penyanyi lagu ni... dah hari-hari dengar lagu ni rasa menarik laks...
bawah ni lirik lagunya..
Mirage by Pesawat
Cahaya terang menembusi
Bagai sebuah kisah misteri
Kau mungkin … asing
Kau mungkin …
pernah ku kenal sebelum ini
Resah gelisah dibuatnya
Bagai sebuah cereka cinta
Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau
Chorus
Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada di sisi
Apakah ini satu mimpi
Terasa bagai sebuah delusi
Ilusi … mata
Mainan … jiwaku
Semakin kacau
Chorus
Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau
Chorus
Wednesday, March 4, 2009
Welcome to the world Zul Jr.
Semalam aku ke Darul Ehsan Medical Centre di Seksyen 9, Shah Alam bersama Fauzi untuk melawat newborn Zul Jr. Puas aku tanya bapa dia, En. Zul Azam apa nama anaknyer.. tapi, tak dapat jawapannya.
Baby boy ni, berat dia 3.5kg lahir pada 1 Mac 2009. Kulit dia putih macam maknya.. cerita pasal maknya, pergh.. kulit putih gebu giler.. aku tak nampak satu pun kesan jerawat. Bila dia dah habis pantang ker apa, aku nak tanya, apakah rahsia kegebuan kulitnya... ehehehe..
Menurut Fauzi, persekitaran di tempat asal dia memang nyaman, udara bersih, hijau ajer.. Ntah bila la aku nak ke sana.. Kami duk rancang juga nak ke rumah mak mertua Zul di Sabah. Tunggu aku nikah dulu, Zul Jr besar sikit n family Fauzi gather semua, then sama-sama p vacation kat sana... i can't hardly wait.. huhu...
Friday, January 23, 2009
Now Open @ L1, Plaza Alam Sentral
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya berjaya dapat tapak untuk baju bayi ni. Hari ni hari pertama, tu sebab nampak kereta tolak agak membosankan.. Tak ada apa-apa hiasan yang menarik pun kat kereta aku ni. :-D
Insya-allah esok, pergi beli lampu dan apa-apa yang patut untuk hiasan kereta aku ni. Huhu..
Kereta ni akan bertapak di sana selama 3 hari, Jumaat, Sabtu & Ahad di sebelah kedai kain Nagoya kat Tingkat 1, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Aku harap dapat bertahan lama la kat sana.
Selain baju bayi ni, ada juga baju muslimah. Tapi, minggu ni tak ada banyak la sebab akak baju muslimah tu tengah fokus kat PKNS, ada promosi maal hijrah kat sana.
Senang-senang, jenguk-jenguk la kereta kami ni. Ada macam-macam baju bayi dan beberapa item yang boleh dibuat hadiah untuk bayi baru lahir.
Tuesday, January 13, 2009
Last night dinner... mee rebus+sate
::taken with my w800i::
Monday, January 12, 2009
Congratulations on ur Wedding, Rozy!!

From left: Hanim (awek sani.. huhu), Tiey & son (Shahmi), Azmi (groom), Rozy (bride), me n Sani
11.01.2009
Wisma Sejarah, Kuala Lumpur
Friday, January 9, 2009
aKhIrNya... sate ikan
Berakhirlah ke'kempunan'an aku terhadap menda ni... Kebetulan semalam tergerak hati nak ke pasar malam. Almaklum, dah lama sangat tak ke sana. Jalan punya jalan, ternampak sate ikan ni. Apa lagi, hatiku melonjak gumbira la. Bukan apa, semasa aku ke majlis penutup program membaca di Anjung Rahmat tu, aku ternampak ada seorang budak makan sate ni.
Aku pun bertanya (Hyatt yang tolong tanyakan sebenarnya..), "Beli kat mana ni dik?". "Kat bawah tu", jawab adik tadi. Balik tu, kami tercari-cari penjual sate ikan tu, malangnya gagal dikesan. Kenpunan ler aku..
Bukan apa, masa aku sekolah rendah dulu, ada seorang abang ni jual sate ikan naik moto. Selalu juga la beli. Masa tu harga dia 10sen 1 cucuk. Sekarang ni dah naik harga dah. 20sen 1 cucuk. Boleh la..
Janji aku dah tak kempunan sate ikan lagi... huhu.. \(^-^)/
Thursday, January 8, 2009
TrAfFiC Part 1
Good morning sunshine...
Semalam aku ambil keputusan untuk tidak melalui Lebuhraya Persekutuan untuk balik ke UK, sebaliknya aku melalui NKVE.
Hari ni, aku pergi kerja ikut jalan yang biasa aku lalui. MRR2 - AKLEH - NPE - LP. Bertolak kul 7:00pg jam EKku.
Masa yang dicatatkan: 63 minit. Jarak: 47km. Tol: RM5.80.
Esok aku cuba ikut NKVE untuk ke S.A. Nanti bolehlah timbangtara mana yang lebih menguntungkan. Huhu..
***Duit minyak?? Fikir-fikirkanlah***
Minggu ni minggu pertama kerja untuk 2009. Lambat dah 2 kali. Apa nak jadi la..
Minggu ni aku mengambil keputusan untuk tidak bermalam di Shah Alam. Nak buat eksperimen sikit.
Semalam aku ambil keputusan untuk tidak melalui Lebuhraya Persekutuan untuk balik ke UK, sebaliknya aku melalui NKVE.
Masa yang dicatatkan: 56 minit. Jarak: 49km. Tol: RM2.60
Biasanya, kalau ikut LP, mahu 2 jam perjalanan baru sampai rumah! Kalau macam ini la gayanya, boleh la ikut NKVE untuk hari-hari selepas ini ;-)
Hari ni, aku pergi kerja ikut jalan yang biasa aku lalui. MRR2 - AKLEH - NPE - LP. Bertolak kul 7:00pg jam EKku.
Masa yang dicatatkan: 63 minit. Jarak: 47km. Tol: RM5.80.
Esok aku cuba ikut NKVE untuk ke S.A. Nanti bolehlah timbangtara mana yang lebih menguntungkan. Huhu..
***Duit minyak?? Fikir-fikirkanlah***
Subscribe to:
Posts (Atom)