Thursday, June 30, 2011

doktor review part 1 - kesan kencing manis masa mengandung..

2 tahun lepas masa mengandungkan noor jannah pun kena kencing manis juga. tapi, doktor masa tu tak la memberi penerangan secara terperinci melainkan suruh jaga makan, kalau tak baby besar dan kena paksa bersalin.

tapi, pagi ni, jumpa doktor untuk review BSP semalam, macam-macam penerangan yang diberikan. tetiba ada rasa cuak pulak. tak macam sesi mengandung yang lepas. kata-kata doktor tak memberi apa-apa kesan pun terhadap diriku ini. tapi, kata-kata doktor hari ni agak memberi kesan kepada diriku ini. oh.. tidak...

antara kata-kata doktor hari ni:
  1. sekali dah kena kencing manis sewaktu mengandung, dalam masa 10 tahun akan datang, kalau tak jaga pemakanan, walau pun dalam keadaan mengandung ataupun tidak, kencing manis akan menetap di dalam badan. kebarangkalian cik kencing manis nak panggil kawan baiknya cik darah tinggi pun agak tinggi. jadi, jagalah pemakanan mulai sekarang. kurangkan makan makanan yang tinggi kandungan gula, roti canai & nasi lemak kena tinggal dulu buat masa ni. banyakkan makan protein dan buah-buahan. nasi sikit ajer, ok?
  2. kesan kencing manis: baby kecil (agak keliru sikit.. lain doktor lain pandangan kot??), air kutuban banyak sangat. bila air dah banyak, baby mungkin akan terminum air tu dan akan memberi kesan terhadap otak, paru-paru dan tumbesaran. baby mungkin dilahirkan awal kalau kandungan gula dalam badan tidak stabil.
  3. pastikan masa buat ujian BSP tu betul-betul 2 jam selepas habis makan. supaya pembakaran makanan secara menyeluruh dan dapat tengok ok ke tak pembakaran tu. contoh semalam bsp kul 2 aku fail. sebab aku makan kul 1, habis makan ala-ala pukul 1:30pm. buat BSP kul 2:30pm. tak cukup 2 jam. doktor pun kata missy nanti mungkin la marah sebab buat ujian lambat, tapi, kalau buat awal pun tak ada maknanya.. jadi, bersabar saja la kalau missy marah.. sapa suh makan lambat??
  4. kalau badan tak mampu proses gula dalam badan, baby terpaksa tolong ibu proses gula tu.. kesian pada baby. sepatutnya, dia terima apa jer daripada badan ibu, tapi, dia pula terpaksa bekerja bersama ibu...
oleh yang demikian, mulai hari ni kena jaga makan, minum lacto fibre secara konsisten dan banyakkan makan protein. semoga BSP akan datang keputusannya ok semuanya dan baby lahir ikut masa yang sepatutnya... aamiin...

Tuesday, June 28, 2011

BSP bermula hari ini...

hari ni dah mula buat BSP. amende la BSP tu?? BSP ni singkatan kepada 'Blood Sugar Profile'. tengok bacaan dalam darah kita.

sejak diriku ini gagal dalam ujian air gula, maka terpaksalah aku membuat ujian ini sehari empat kali, pukul 8pg, 10pg, 2 ptg dan 8 mlm, 2 minggu sekali... keesokkan harinya, daku terpaksa mengadap doktor di klinik desa untuk review bacaan pada hari ni.

keputusan hari ni sehingga jam 2ptg tadi: 8pg- 4.4, 10pg-5.9 dan 2ptg- 6.7. Failed test kul 2ptg. huhu...

bak kata missy, esok mesti kena marah dengan doktor sebab tak kontrol makan... hmm.. tunggu esok la...

Thursday, June 9, 2011

air gula failed!!!

semalam ingat dah happy happy tak de orang klinik desa telefon, rupa-rupanya, petang tu telefon ofis kata, "Paras gula dalam darah awak tinggi la. Hari Rabu minggu depan datang klinik buat BSP, hari Khamis jumpa doktor"

adeh la........................................

ini bermakna, setiap 2 minggu kena p klinik desa tu untuk periksa BSP yang 4 kali sehari. pergh.. perjalanan menjadi pengunjung tetap klinik desa bt.13 telah bermula kembali.....

tapi, bila fikir balik, macam mana la tak tinggi. hari sebelum tu duk bantai 2 batang aiskrim, 1 mangkuk besar cendol ngan 1 mug air laici. pastu, kurang minum air masak. adeh la...........

walau apapun, tu dah ditentukan allah.. redha aja la...

Wednesday, June 8, 2011

minum air gula.. erghhh..

manis giler tak hingat!!!

semalam, aku dijadualkan minum air gula di klinik desa, bt.13, puchong. part yang paling tak best masa mengandung ni.

kuantiti yang perlu diminum: 1 mug air + 1 paket plastik ubat saiz kecik gula (aku rasa, mau lebih 10 sudu gula!!)

sepatutnya air gula tu dihidang panas, tapi, bila sampai giliran aku ambil darah, air gula tu pun dah jadi suam dah nak ke tahap sejuk dah. dia elok minum masa tengah panas tu. kalau dah suam dan sejuk, boleh loya jadinya.

tips: tak boleh muntah lepas minum air gula, sebelum amik darah. kalau muntah alamatnya minum lagi la di lain hari. aku tak muntah.. yea...

nasib baik ada mek t, minum air gula sekali ngan aku sambil sembang-sembang. kalau tak, lagi jenuh nak habiskan. adeh la...

lepas minum air gula, tunggu pulak 2 jam.. duduk la situ lepak ngan mek t. mata dah melayu, menguap tak tau la dah berapa kali. almaklum, letih memandu daripada bidor pagi tu. cukup 2 jam, amik darah balik.

keputusan akan diberitahu melalui telefon, kalau ada kencing manis la... harap-harap tak ada la kali ni. jenuh nak ulang-alik ke klinik desa test darah 4 kali sehari setiap 2 minggu. kalau tak ke klinik desa, buat sendiri kat rumah. isy, tak siur aku...

semoga aku lulus ujian air gula ini. aamiiin..............

Wednesday, June 1, 2011

craving for jewellery?? adeh la...

adeh la... dah mengandung 5 bulan masuk 6 bulan ni, tetiba rasa seronok pulak tengok barang kemas... tapi, semuanya tengok kat katalog ajer... daripada barang kemas emas tulen hingga la emas sadur.. seronok tengok mende cantik2 ni.. sebelum ni ok jer.. kurang berperasaan terhadap barang kemas... adeh la.. yang tak tahan tu siap beli katalog lagi... ekekeke.. nasib baik katalog murah je...

sementara tengah pembawakan ni, layankan ajer la yer...  bak kata fafau...,"Layaaaaaannnnnn"..

Tuesday, May 3, 2011

Tupperware Aidil Fitri Cake Gift Set

Promosi Aidil Fitri Cake Gift Set!!


BELI 3 PERCUMA 1!! 1 set RM60 sahaja!!


huh... puasa pun belum, dah ada promosi aidil fitri dah?? huhu..
mesti lah... barang terhangat di pasaran la katakan...hehehe

sebenarnya, produk ni hanya ada mulai 1 Julai hingga 6 Ogos 2011. Oleh itu, buatlah tempahan awal untuk elakkan kekecewaan.

bagi ahli tupperware, ada lagi diskaun 20%-25%. lagi jimat!!

contoh:

katakan order 12 Set dapat Free 4 Set
harga retail bagi bagi 16 set, RM60 x 16 set =RM960.00
tetapi Dir/Cst hanya perlu bayar RM60 x 12 set x 0.75(less rega ahli 25%)= RM540.00
untung runcit yang diperolehi RM420.00

kiranya, lepas tolak harga ahli (-25%), harga 1 set tu jatuh RM33.75
MURAH KAN....

jadi, tunggu apa lagi?? sila buat tempahan sekarang juga!!

Thursday, March 3, 2011

Hujjah "Apa Ada di Sebalik Perkataan Salam?"

dulu pernah dapat email "apa ada di sebalik perkataan salam" melalui email tempat kerja. ni dapat pulak kat email yahoo. email ni menyatakan bahawa salam bermaksud selamat tinggal. email yang agak mengganggu intelek aku walaupun aku tak cukup ilmu nak berhujah balas.

hari ni tgk email yahoo, ada hujah balasan kepada email ni yang pada aku boleh diterima. so, aku share kat sini:

*********************************************************************************
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel


bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh

orang yang berlainan. (juga di sini)



Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?



Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah

satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini,

yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan

menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya

kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.



Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM

itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN

GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".



Penulisnya menulis:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam

(selamat tinggal)".



Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)





فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ



Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab

rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau

(wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat

tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat

keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)



Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud

ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi

mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini

dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam

al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara

salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu

bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.



Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam,

sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak

ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim

kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.



سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬



Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)



Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:



وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ

رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا



Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat

(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang

lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).

Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa'

4:86)



إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ



Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata:

"Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa

takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)



سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ



"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam

! " (As-Saaffaat 37:79)



سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ



"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)



Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz

Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan

yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar

Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.



Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,



الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله





Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..



Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada

Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,



إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ

تَسۡلِيمًا



"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala

penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai

orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah

SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)



“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu

iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat

duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang

paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]



Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?



p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila

layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20

ayat terdapat perkataan SALAM.



Oleh Mohd Fadly Yusof

Pengarah Urusan/Perunding Website dan motivasi

Human Nature Consultant


:::berhati-hati bila forward mesej kepada orang lain:::