apa ada pada nama?
tapi, sebab nama jualah yang buat aku naik darah.
sekali dua ok lagi.. ni dah berkali-kali!!
tapi, dibuat oleh orang yang berlainan la..
masuk ofis baru ni julai 2010.
1st terjadi masa mula-mula dapat surat panggilan meeting.
letak zaidatul binti azmi salleh.
dah bagitau, katanya akan tukar.
2nd time pun zaidatul binti azmi salleh.
minta tolong p.a bos call orang pentadbiran, dibetulkan on the spot.
terima kasih ita!!
then, dapat surat nama betul dah. tetapi, penempatan bahagian pulak yang silap.
apa korang ni kerja tak check dulu ker??
dapat signage nama kt ofis baru ni... orang lain semua ada nama penuh termasuk nama ayah.
tapi aku punya... zaidatul ASNI. that's all!!
hello...??
tadi org yg bertanggungjawab buat signage dah amik n akan bagi yang baru.
terima kasih banyak2.
harap-harap kali ni betul la ya..
nway, hari ni lagi malang... biasanya orang konpius azmi tu nama aku ker nama ayah.
buleh diterima lagi la...
pagi ni, dapat surat, attention: pn. zaidatul binti abd jalil!!
sapa tu??
what the hack!! aku dah shred pun surat tu....
selama aku start bekerja tetap dari 2004 sampai la ni, tak pernah pun ada orang yang salah tulis nama aku. daripada kerja kat kilang sampai la keje kat pembangunan.
bagi aku, nama ni kes sensitif.. kalau nak dikupas satu persatu macammana jadi kes sensitif ni, kena buat 1 entry yang lain daaa.
tak tau la kalau orang lain tak kisah nama diorang dikotak-katikkan.
kalau tak pasti dengan nama penerima surat kita, eloklah reconfirm dengan orang tersebut.
walau apapun, andaikata aku ada salah tulis nama korang tanpa aku sedari, aku minta maaf ye...
::::: lepas tulis entry ni rasa sejuk dah ati... :::::
Tuesday, August 24, 2010
Thursday, August 12, 2010
Jannah nyarap..
Jannah nyarap untuk kali ke 3 (time ngn aku) dalam masa 4 setengah bulan dia lahir ke dunia ni. Kali ni baru angkat kepala lama sket.
Kalau nak dibandingkan dengan ammar zia, si cilik tu dah guling-guling sampai nak pakaikan baju pun kena gusti dengan dia. Comei sangat!
Tak mengapa la jannah. Biar lambat asal selamat.
Kontrol macho jannah!!
Yareba dekiru zo!! Ganbatte ~
:::Pic taken by using Sony Ericsson W995:::
Subscribe to:
Posts (Atom)