Thursday, March 3, 2011

Hujjah "Apa Ada di Sebalik Perkataan Salam?"

dulu pernah dapat email "apa ada di sebalik perkataan salam" melalui email tempat kerja. ni dapat pulak kat email yahoo. email ni menyatakan bahawa salam bermaksud selamat tinggal. email yang agak mengganggu intelek aku walaupun aku tak cukup ilmu nak berhujah balas.

hari ni tgk email yahoo, ada hujah balasan kepada email ni yang pada aku boleh diterima. so, aku share kat sini:

*********************************************************************************
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel


bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh

orang yang berlainan. (juga di sini)



Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?



Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah

satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini,

yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan

menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya

kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.



Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM

itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN

GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".



Penulisnya menulis:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam

(selamat tinggal)".



Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)





فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ



Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab

rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau

(wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat

tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat

keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)



Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud

ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi

mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini

dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam

al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara

salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu

bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.



Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam,

sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak

ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim

kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.



سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬



Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)



Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:



وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ

رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا



Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat

(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang

lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).

Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa'

4:86)



إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ



Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata:

"Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa

takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)



سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ



"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam

! " (As-Saaffaat 37:79)



سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ



"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)



Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz

Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan

yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar

Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.



Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,



الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله





Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..



Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada

Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,



إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ

تَسۡلِيمًا



"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala

penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai

orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah

SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)



“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu

iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat

duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang

paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]



Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?



p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila

layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20

ayat terdapat perkataan SALAM.



Oleh Mohd Fadly Yusof

Pengarah Urusan/Perunding Website dan motivasi

Human Nature Consultant


:::berhati-hati bila forward mesej kepada orang lain:::