Thursday, December 30, 2010

Flashback Azam Tahun 2010

Tahun 2010 semakin meninggalkan kita.

Tetiba rasa macam nak flashback azam tahun ni.. dah tercapai ke belum... Flashback di sini. jeng je jeng...

Kiranya azam yang tak tercapai adalah:
  1. berjaya tamatkan sarjana -> Next sem adalah sem yang terakhir.. nak tak nak, kena habiskan juga.. if not, paham2 ajer la..
  2. menulis blog secara konsisten -> Well, compare bilangan post 2009 dengan 2010 tak de banyak berubah.. tapi, compare ngan tahun 2007 ngan 2008 (M.I.A) ada peningkatan lebih 500%. ehehehhe... ayat nak sedapkan hati... apaper pun.. tahun depan akan kupastikan post melebihi 18 posts!!
Out of 5 azam, 2 tercapai 1 is not measureable...

Masih berfikir azam tahun 2011.....

Wednesday, December 15, 2010

Sarapan hari ini: onigiri (nasi kepal)



Sarapanku pd hari ini ialah cik onigiri. Inti tuna cili. Ni gara-gara excited beli perkakas onigiri kat daiso ioi mall semalam la ni.

Untuk smiley face tu ada pengetipnya. Ada macam-macam jenis.


Lepas ni nak collect perkakas onigiri dan sushi.. hehehe..

Tak sabar nak tunggu noor jannah ke sekolah. Boleh la dia makan dengan penuh minat.

Lepas ni nak cuba buat telur gulung versi jepang. Huhu..

Noor jannah, bagi ibu praktis buat bento ye. Bila tiba masanya jannah dah boleh makan, ibu pun dah mahir. Huhu..

Ganbarimasu wa!!

Thursday, December 9, 2010

Cadar baruku cik Aussino


Waktu rehat tadi ke aussino warehouse sale kat seksyen 25, shah alam. Pendek kata dekat dengan Petronas Sri Muda.

Masuk je warehouse tu, nampak baju perempuan dulu. Melepasi pintu ke-2, kegilaan bermula!

Quilt cover tak kira saiz ada rm8, rm10 dan 15. Tapi, masa aku pegi kebanyakan saiz queen dah habis disambar orang! Tinggal single dan king je. Adeh la..

Thursday, October 7, 2010

pam 3 kali sehari kat opis!!! ganbarimasu!!

sejak masuk keje selepas cuti bersalin, rasanya cuma sekali dua jer aku pam kat ofis..
seingat aku, aku kerap pam masa jannah kat hospital di awal kelahirannya.

apabila jannah dah balik ke rumah, aku terus bagi susu badan secara eksklusif kepadanya selama lebih kurang 2 bulan dengan harapan dia cepat sihat dan meningkatkan antibodinya.

sekarang, jannah dah masuk 6 bulan, kesedaran tu timbul semula apabila melihat seorang rakan yang merantau jauh dari selatan boleh meneruskan proses pengepaman. aku mula membaca dan mencari maklumat mengenai susu ibu. sebenarnya sebelum ni ada juga aku buat pembacaan, tapi, setakat baca saja.. tak berkesan di hati pun.

semalam, jannah dah mula rasa gatal gusi nak tumbuh gigi pertama dia. dia dah mula gigit-gigit.. sakit.. so, try pam.. sedihnya, hasil terlalu sikit.. rasa down sangat...

oleh yang demikian, hari ni, dengan semangat baru, aku lancarkan pam 3 kali sehari kat opis.. walaupun agak lambat, tapi, sementara ada lagi ni, aku akan teruskan perjuangan.

terima kasih para sahabatku di atas sokongan kalian!!

::::: 1 down, 2 to go!! ganbareba dekiru zo!! :::::

Tuesday, August 24, 2010

apa ada pada nama?

apa ada pada nama?

tapi, sebab nama jualah yang buat aku naik darah.
sekali dua ok lagi.. ni dah berkali-kali!!
tapi, dibuat oleh orang yang berlainan la..

masuk ofis baru ni julai 2010.
1st terjadi masa mula-mula dapat surat panggilan meeting.
letak zaidatul binti azmi salleh.
dah bagitau, katanya akan tukar.
2nd time pun zaidatul binti azmi salleh.
minta tolong p.a bos call orang pentadbiran, dibetulkan on the spot. 
terima kasih ita!!
then, dapat surat nama betul dah. tetapi, penempatan bahagian pulak yang silap.
apa korang ni kerja tak check dulu ker??

dapat signage nama kt ofis baru ni... orang lain semua ada nama penuh termasuk nama ayah.
tapi aku punya... zaidatul ASNI. that's all!!
hello...??
tadi org yg bertanggungjawab buat signage dah amik n akan bagi yang baru.
terima kasih banyak2.
harap-harap kali ni betul la ya..

nway, hari ni lagi malang... biasanya orang konpius azmi tu nama aku ker nama ayah.
buleh diterima lagi la...
pagi ni, dapat surat, attention: pn. zaidatul binti abd jalil!!
sapa tu??


what the hack!! aku dah shred pun surat tu....

selama aku start bekerja tetap dari 2004 sampai la ni, tak pernah pun ada orang yang salah tulis nama aku. daripada kerja kat kilang sampai la keje kat pembangunan.

bagi aku, nama ni kes sensitif.. kalau nak dikupas satu persatu macammana jadi kes sensitif ni, kena buat 1 entry yang lain daaa.
tak tau la kalau orang lain tak kisah nama diorang dikotak-katikkan.

kalau tak pasti dengan nama penerima surat kita, eloklah reconfirm dengan orang tersebut.

walau apapun, andaikata aku ada salah tulis nama korang tanpa aku sedari, aku minta maaf ye...


::::: lepas tulis entry ni rasa sejuk dah ati... :::::

Thursday, August 12, 2010

Jannah nyarap..


Jannah nyarap untuk kali ke 3 (time ngn aku) dalam masa 4 setengah bulan dia lahir ke dunia ni. Kali ni baru angkat kepala lama sket.

Kalau nak dibandingkan dengan ammar zia, si cilik tu dah guling-guling sampai nak pakaikan baju pun kena gusti dengan dia. Comei sangat!

Tak mengapa la jannah. Biar lambat asal selamat.

Kontrol macho jannah!!

Yareba dekiru zo!! Ganbatte ~


:::Pic taken by using Sony Ericsson W995:::

Tuesday, July 6, 2010

jannah..

jannah... skang ni dah 3 setengah bulan..

skang dah pandai jadi udang dah... angkat kepala, angkat kaki, melengkung macam udang... ekekekeke.. adeh la... kuat tul anak ibu nih..

kalau boleh nak orang mengadap dia.. tak kira la sapa. ibu ker.. abah ker.. mak cu ker...

jannah.. jannah...

harap-harap ari ni ok ye kat umah nek tam...


ammar & jannah
miss both of u

nanti ibu amik gambar jannah tengah meng'udang ' ek... ehhehehe

kena p ker idak nih??

fenin..fenin...
kena p ker idak nih??
dah boring tahap cipan nih..
di manakah keberadaanku??
pihak atasan, please decide a.s.a.p!!!

Saturday, June 19, 2010

KUTU Tupperware rice dispenser....

 KUTU RICE DISPENSER (1) 10.5KG + KEAHLIAN
Mulai Jun ‘10- Oct ‘10
RM58 X 5 bulan



Ø Keistimewaan Penggunaan Tupperware Rice Dispenser
1.   Kesegaran terkawal, beras lama dikeluarkan dahulu. Beras lama digunakan dahulu sebelum beras baru ditambah 
2. Tetingkap bagi memudahkan semakan jumlah beras yang tinggal 
3. Tidak akan tertumpah 150g. Sekali tarik mengeluarkan 1 cawan beras (150g) tepat 
4. Bahagian bawah getah tidak licin bagi mengelakkan kemasukan air. Bahagian-bahagian (parts) boleh ditanggalkan bagi memudahkan kerja pembersihan 
5. Saiz yg mudah diletakkan di kaunter dapur. Elok disimpan di tempat yg tinggi, dan bukan di bawah. Almaklum rezeki tuh... 
6. Boleh menyimpan sebanyak 10.5Kg. Sesuai utk seisi keluarga 
7. Warna yg neutral, sepadan dgn mana2 jenis rekaan dapur 



+


KEAHLIAN!


KITBAG + FREE!!

-MODULAR MATE ROUNDS II (2) (bernilai RM27.80)
-MODULAR MATE OVAL II (1) (bernilai RM22.30)

Retail RM288


Offer! RM58 x 5 bulan

Dengan setiap pembelian, percuma HADIAH MISTERI!!
 untuk pembelian tunai, sila klik sini.

Thursday, June 17, 2010

L-Carnitine: Pembakar Lemak (salah satu bahan dalam RxLite)

Ni ada info berkaitan L-Carnitine. aku plagiat mana yang berkenaan sahaja... ni bukan full article ye!! 


selamat membaca...


**hItOrIgOtO**

Sumber: Berita Harian

TAHUKAH anda mengenai sejenis nutrien yang boleh menurunkan berat badan, menambahkan tenaga, merendahkan kolesterol dan melindungi kesihatan jantung pada masa yang sama?


Jawapannya ialah L-Carnitine, dan ia ternyata sungguh bermanfaat untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh. L-Carnitine bertindak dengan merangsang pembakaran lemak oleh tubuh.


L-Carnitine juga adalah satu-satunya nutrien yang berperanan untuk mengangkut lemak ke tempat di mana ia dibakar: mitokondria. 

Jika lemak tidak memasuki mitokondria, maka ia tidak dapat dibakar oleh tubuh. 

Jika anda tidak suka makan daging, atau anda seorang pemakan sayur atau sering mengambil diet tinggi lemak seperti makanan bergoreng, atau pengambilan protein anda rendah, ingatlah - tahap L-Carnitine anda juga mungkin berkurangan. Tahap L-Carnitine yang rendah boleh menyumbang kepada pelbagai masalah yang tidak diingini seperti penambahan berat badan, sukar untuk menurunkan berat badan, mudah letih serta penyakit-penyakit metabolik lain. 

Tanpa L-Carnitine, pembakaran lemak tidak akan berlaku. Bagaimanapun, masalah ini boleh diatasi dengan mudah melalui pengambilan suplemen L-Carnitine. Ia akan meninggikan tahap L-Carnitine dalam tubuh agar pembakaran lemak dapat berlaku pada kadar yang optimum. 



Meningkatkan pengambilan L-Carnitine adalah cara paling semula jadi untuk menurunkan berat badan, kerana L-Carnitine bertindak memindahkan dan mengangkut lemak ke bahagian sel yang membakarnya tanpa sebarang kesan sampingan. 

Bukti saintifik menunjukkan bahawa tahap L-Carnitine yang tinggi akan menyumbang kepada pembakaran lemak yang lebih lancar. Ia juga membantu meningkatkan kadar metabolik dan pada masa yang sama, tidak menjejaskan kepadatan tisu otot. 

Ini sangat penting kerana tisu otot adalah tempat di mana hampir semua pembakaran lemak berlaku. L-Carnitine juga bermanfaat untuk menyekat keinginan terhadap makanan serta meningkatkan stamina bagi membantu anda bersenam. 

Kedua-dua faktor ini sememangnya penting bagi mereka yang perlu menurunkan berat badan. 

Wednesday, June 16, 2010

Monday, June 14, 2010

Tupperware MiD YeaR SaLe!! 11- 27 June 2010

MiD YeaR SALE!!!!

untuk yang dah jadi ahli, dapat lagi less 20%-25%
untung...untung...
grab it while stock last!!



**gambar ihsan daripada http://mrsaimie.blogspot.com

as for me, nak grab giant canister banyak-banyak.. sebagai persediaan letak segala bagai kerepek keropok untuk raya yang akan datang nih... yeehaaa...

***hItOrIgOtO***

Tuesday, June 1, 2010

OuTsTaTiOn...

letih...

hari pertama ke tapak selepas bercuti lama...

minggu depan ke tapak lagi...

harapan stamina masih ada banyak...

fuuuuuhhhhh....



signing off,
hItOrIgOtO

Monday, May 31, 2010

PD trip 29 & 30 Mei 2010

hari ni rasa segar bugar ke tempat kerja setelah merehatkan diri selama 2 hari 1 malam di pnb ilham resort, pd. sementelah ini kali pertama pergi bercuti selepas melahirkan jannah.
hari pertama sampai dah agak petang. almaklum, lebuhraya sesak. kebanyakan masa dihabiskan dalam kolam renang dan dalam bilik.
hari kedua, pagi-pagi lagi dah ke pantai. man of the house nak naik banana boat. angin bertiup kencang dan ombak membadai pantai. ruhi dan ayah pertama kali naik banana boat dan alhamdulillah, ianya menjadi kenangan terindah buat mereka... hehehehe..
lepas menikmati keseronokan di pantai, apa lagi.. terjun kolam renang la jawabnya...

pintu masuk

pemandangan dari lobi
pemandangan dari apartment


pemandangan dalam apartment 3 bilik

inilah kami yang pergi bercuti itu...
dari kiri: saya, ruhi n jannah, ayah, cd n ammar, q
kak wati, next trip kena ikut aaaa...

man of the house.. menikmati riadah utama di pd.. banana boat.. huhu..
jangan marah.. ayah pun naik banana boat tau..

sementara tu, ibu-ibu sabar menanti mereka dengan anak-anak di bawah pokok besar..

jannah muka boring dah... tapi, tetap comei... muahss..

ammar steady lagi.. comei comei..

dalam perjalanan pulang ikut jalan lama, singgah makan tengahari di bangi kopitiam, pd.

berakhirlah cuti-cuti 1 malaysia kami pada kali ini. lepas ni mungkin cuti-cuti 1 asia.. takpun, cuti-cuti 1 dunia.. huhu.. manalah tau ada rezeki lebih..


signing off,

Thursday, May 27, 2010

後二日間。。。楽しみにしてます~

huhu... lagi 2 hari percutian kami sekeluarga ke p.d... bukan pantai dalam aaa.. tp, port dickson...

q dapat great deal ngan hotel kat sana.. so, apalagi, grab la peluang... boleh celebrate 1st anniversary yang dah lepas beberapa hari yang lalu ::love::love::

tadi siap beli baju untuk jannah & ammar.. tak sabar nak tengok diorang pakai baju sama corak.. huhu..

gambar to be updated!!

楽しみにしてます~

Tuesday, May 25, 2010

APA JADI ngan azam tahun lepas?

pergh.. dalam diam tak diam, dh masuk setengah tahun 2010 ni ye... lama tul x hitorigoto.

masa tengah browse post terdahulu, terjumpa azam aku tahun 2009 dulu.. nak tau apa dia, klik kt sini.

tak per la.. aku extract sket. azam2nya ialah:

  1. berjaya tamatkan sarjana --> er.. yg ni tertangguh lagi.. insya-allah tahun ni kot.. ehhehe..
  2. berjaya tamatkan status "dalam percubaan" --> alhamdulillah, dah dapat tetap walaupun baru dapat surat. tapi, tarikh kuatkuasa dec 2009. so, considered BERJAYA!! yeay...
  3. berjaya tamatkan status "bujang" (harap-harap la.. hihihi.. malu, malu...) --> hmm.. yg ni alhamdulillah dah tercapai. siap ngan package baby lg.. hihihihi.. 19.3.10 lahirlah puteri kami yang bernama NOOR JANNAH binti ruhi hayat.
  4. berjaya tamatkan apa yang aku dah mulakan (biasanya hangat-hangat tahi ayam jer) --> yang ni agak subjektif.. apa ek yg aku mulakan thn lepas.. aa.. aku join tupperware (tw). cita-cita nak buka tw biz centre suatu hari nanti. sehingga hujung tahun lepas, berjaya melayakkan diri ke DIQ (director in qualification). DIQ tu kira tempoh percubaan sebelum naik pangkat jadi Director (Dir). so, yang ni belum tamat lagi.. dalam proses nak naik ke level seterusnya... sampai la ke level yang tertinggi.. WISH ME LUCK!!
  5. menulis blog secara konsisten --> huargh... (ToT).. yg ni obviously gagal!! FAIL! x per.. aku carry forward azam ni utk tahun ni walaupun dah setengah tahun berlalu...
azam tahun ni laks... hmm.. sambung balik azam tahun lepas... kuang kuang kuang.....