Thursday, October 7, 2010

pam 3 kali sehari kat opis!!! ganbarimasu!!

sejak masuk keje selepas cuti bersalin, rasanya cuma sekali dua jer aku pam kat ofis..
seingat aku, aku kerap pam masa jannah kat hospital di awal kelahirannya.

apabila jannah dah balik ke rumah, aku terus bagi susu badan secara eksklusif kepadanya selama lebih kurang 2 bulan dengan harapan dia cepat sihat dan meningkatkan antibodinya.

sekarang, jannah dah masuk 6 bulan, kesedaran tu timbul semula apabila melihat seorang rakan yang merantau jauh dari selatan boleh meneruskan proses pengepaman. aku mula membaca dan mencari maklumat mengenai susu ibu. sebenarnya sebelum ni ada juga aku buat pembacaan, tapi, setakat baca saja.. tak berkesan di hati pun.

semalam, jannah dah mula rasa gatal gusi nak tumbuh gigi pertama dia. dia dah mula gigit-gigit.. sakit.. so, try pam.. sedihnya, hasil terlalu sikit.. rasa down sangat...

oleh yang demikian, hari ni, dengan semangat baru, aku lancarkan pam 3 kali sehari kat opis.. walaupun agak lambat, tapi, sementara ada lagi ni, aku akan teruskan perjuangan.

terima kasih para sahabatku di atas sokongan kalian!!

::::: 1 down, 2 to go!! ganbareba dekiru zo!! :::::

No comments: