Wednesday, January 30, 2013

speech therapy

hari ni appointment speech therapy jannah kali ke3. mula-mula pergi dulu masa jannah berumur 2 tahun 4 bulan. masa tu jannah sebutir apa pun tak cakap lagi. sesi pertama, doktor hanya beritahu 3 jenis senaman. tapi, dalam 3 tu, kami buat satu jer iaitu bergayut. lagi 2 senaman tu 1) lunjurkan kaki, capai ujung jari kaki dengan jari tangan. kaki kena lurus, tak boleh bengkok.
2) siku kanan sentuh lutut kiri, siku kiri sentuh lutut kanan. nak buat berdiri pun ok, duduk pun ok.

appointment ke2, 4 bulan selepas itu. alhamdulillah jannah dah tunjuk progress. boleh sebut nak, susu etc. sesi kali ni, doktor sarankan ajar dia buat 2 perkataan dalam satu ayat. contoh, "nak susu".

then finally, hari ni appointment yang ke3. doktor kata jannah dah ada banyak progress, dah mencapai tahap percakapan sesuai dengan umur dan bercadang nak stop therapy ni. kes jannah ni tak kronik katanya. alhamdulillah. cuma doktor sarankan jannah ke sekolah untuk mahirkan skil sosial dan lancarkan percakapan. lepas 4-6 bulan jannah ke sekolah, doktor suruh datang lagi buat appointment untuk tengok progress. kalau makin lancar, speech therapy jannah sakat di situ sahaja.

syukran ya allah.

noor jannah, keep up the good work! xoxo

8 comments:

aini said...

bole saya tahu anak Puan appointment speech theraphy di mana? boleh saya dapat contact no. tq

aida azmi said...

Anak saya appointment kat Hospital Serdang.

Untuk apointment di Hospital Serdang/kerajaan, puan pergi dulu ke
klinik desa, minta surat rujukan ke hospital. Kemudian, bawa surat
tersebut ke Klinik Paediatrics, Hospital Serdang untuk set
appointment. Dari situ mereka akan buat hearing test and appointment
untuk speech therapist. Memang akan mengambil masa sikit.

Kalau nak cepat, boleh ke swasta di Bangi or Subang Jaya. Adik saya
baru dapat pamplet tu daripada speech therapist Hospital Serdang.
Kalau puan boleh tinggalkan email, nanti saya email pamplet tu.

Anonymous said...

boleh tak emailkan saya pamplet tu. aienaini@gmail.com

TQ

zurinazakaria said...

assalamualaikum puan..

boleh tak puan emelkan kepada sy pamplet itu? kebetulan sy tgh mencari speech therapist yg terdekat..

emel sy: zilchangel@yahoo.com

terima kasih byk2 ye puan..

mira zainal said...

salam puan, boleh tak saya tahu area subang jaya di mana ye?

My True Life Begin said...

As salam puan bole email kn juga ke saya tika_aziq@yahoo.com.my

Unknown said...

as salam puan, boleh emailkan jugak kepada saya zani04@gmail.com
terima kasih puan

aida azmi said...

allahuakbar.. maafkan saya kepada puan2 yang minta saya emailkan pamplet speech therapy.. dah lama tak buka blog.. maafkan saya lagi sekali.

Saya tiada info terkini tempat2 tersebut. saya ada pamplet lama.

Untuk pn zanie, saya dh email pamplet tersebut. Harap dapat membantu.