Tuesday, August 28, 2012

Jom bertukar kepada kad debit!!

 
 
Hari ni dah tukar kad atm biasa bank islam kepada kad debit kat bank islam bawah ofis ni sementelah minggu ni tak ramai yang naik kerja. Tak perlu tunggu lama-lama, tak sampai 10 minit siap.

Kepada pengguna kad ATM bank islam warna putih tu, jom la kita bertukar kepada kad debit ni. Tapi, nanti kena tolak RM10 dari akaun kita.

Cara-caranya mudah sahaja:
1. Isi borang
2. Ambil nombor giliran.
3. Bagi kad pengenalan dan kad ATM lama untuk pengesahan dan proses pihak bank.
4. Buat pilihan nombor pin
5. Tandatangan belakang kad.
6. Siap!!

Next: Link akaun Tabung Haji ke kad debit ni.. huhu..


Wednesday, April 25, 2012

'alee dah tumbuh gigi seusia 7 bulan

wah.. lama betul tak update blog yang satu ni. bersawang dah.. hehehe.. nama pun laman sesawang yer...

nway, kembali ke topik hari ni. pada 22 april lepas genap 'alee berusia 7 bulan. kami dapati 'alee dah tumbuh gigi.. 2 batang di bahagian bawah.. alhamdulillah.. nasib baik bukan tumbuh atas dulu...

patut la 'alee asyik meragam jer.. tak selesa gusi kot.. tp, alhamdulillah, 'alee amat bersopan waktu menyusu sehingga la malam semalam. tetiba dia gigit kuat-kuat masa menyusu tu.. adoyai... sakit ooo... tadi sebelum putera 'alee beradu, elok pula dia menyusu.. tak menggigit pun... baiknya anak ibu...

update terkini 'alee: dia dah boleh merangkak. sekarang ni sibuk nak berdiri.. habis aku dipanjatnyer.. kalau meniarap tu, seboleh-bolehnya guna apa yang ada untuk berdiri. tak kira la tarik baju ker.. tarik rambut ker.. jadi dia dapat berdiri. pantas sungguh anak ibu ni yer..

sekarang dah pandai nak berkongsi barang dengan kakaknya cik jannah. apa jer yang jannah pegang, dia pun nak turut serta. jannah pegang tab, dia pun nak tab juga. jannah pegang buku, dia nak buku juga. yang kakaknya asyik melarikan diri jer. tak pun merengek minta pertolongan ibu agar 'alee tak amik apa yang dia pegang... adeeh la..

apaperpun, alhamdulillah kesihatan kedua-dua anak ibu sentiasa baik.. syukran ya allah..

Friday, February 24, 2012

Penangan D'Carbo

Hohoho.. tengok tajuk jer pun dah semacam dah.. Apa ke bendanya D'Carbo ni?

D'Carbo ni sejenis pembersih karbon dalam enjin kenderaan kita. Dia masukkan D'Carbo ke enjin, tunggu 15 minit, tekan minyak perlahan-lahan. Pastu, tu dia.. asap keluar berkepul-kepul menandakan karbon tu dibawa keluar ke ozon kita. Hilang asap, kira pembersihan selesai.

Petang tadi, Jimmy D'Carbo datang ke opis untuk aktiviti pembersihan karbon EK kesayanganku dan MyVi kepunyaan Ana. MyVi tu kereta baru, jadi karbon tak banyak sangat lagi, jadi asap pun tak seputih EKku. Tengok saja perbandingan gambar di bawah ni.


MyVi Ana: Asap sikit jer, kan?


EK kesayanganku: Tu dia... 

Jeng jeng jeng.... esok kompem orang fasiliti tak payah buat fogging tu... ekekeke... Almaklum, kereta dah 15 tahun, aku bawa balik Malaysia masa kereta ni umur 7 tahun. Agaknya dah banyak sangat karbon terlekat kat enjin tu. Agak lama juga la nak habiskan asap ni.

Masa Jimmy D'Carbo suruh test, rasa macam ok jer.. naik bukit pun pakai gear 3. Tapi, kat bumper bukit tu kena tukar gear 2 la. Tak ada apaper perasaan sangat lagi masa tu. Tapi, masa dalam perjalanan balik ke rumah rasa seronok sangat sebab bawa smooth jer macam masa mula-mula dapat kereta ni dulu. Saya amat berpuas hati. 

Terima kasih Mek T sebab memperkenalkan D'Carbo ni kepada aku. 

Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi En Jimmy D'Carbo di talian 012 337 0052 ataupun T di talian 017 337 0052. Berbaloi-baloi....

Untuk bacaan lanjut, boleh ke sini: http://www.jimatminyak4u.com/

Monday, February 20, 2012

alee qaiser bin ruhi hayat

alhamdulillah... tanggal 22 september 2011 aku telah selamat melahirkan seorang putera setelah 6 hari berkampung kat hospital serdang. 8 hari awal daripada edd. kena paksa bersalin sebab dikatakan air kutuban lebih dan bayi besar. kalau tunggu sampai edd alamatnya bayi lagi besar dan kebarangkalian bahu bayi tersangkut masa bersalin nanti adalah tinggi. ikutkan ajer la cakap doktor yang lagi arif. makanya, serah diri la 2 minggu awal dari edd.

'Alee Qaiser : 5 jam selepas kelahiran

Menggamit kembali kelahiran 'Alee, tidak begitu mencabar jika nak dibandingkan sewaktu kelahiran Jannah. Sehari lepas dimasukkan ke hospital, aku telah di'induce' dan jalan dah buka 3cm. Tapi, buka sakat tu jer la. Lepas tu dah tak sakit-sakit lagi. Hari-hari doktor datang periksa, tapi, keadaan macam tu juga. Nasib baik dia tak kerap seluk. Lepas 4 hari, masih juga 3cm. Aku dah minta balik dah dengan doktor. Almaklum, jalan buka sakat tu jer. Sakit nak bersalin tak rasa lagi.

Akhirnya pada hari Khamis, tanggal 22 September, doktor putuskan, baby perlu dikeluarkan juga walaupun tiada apa-apa perkembangan. Jam 12:30 tengahari, turun ke Labour Room. Jam 1:30 tengahari doktor pecahkan air ketuban, induce guna cecair. Golek2 sakit, nah.. jam 3:30 petang, keluar la 'Alee Qaiser.. Doktor yang menyambutnya adalah Dr Lee.. Terima kasih doktor, doktor pelatih (jadi pompom girl kt labour room tu) dan missy yg telah membantu saya... Tak dilupakan juga kekasih hatiku Hyat yang berada di sana memberi sokongan dan bantuan legakan kesakitan... Terima kasih..

Saya amat berpuas hati dengan layanan di Hospital Serdang kali ni...

Sunday, February 19, 2012

sepagi di taman bukit jalil

Sepatutnya petang semalam nak ke taman bukit jalil, tp, apakan daya, terlalu letih sangat sampai tertidur petang tu. Jadi, untuk menggantikan aktiviti petang semalam yang tidak kesampaian, pagi ni lepas Hyat balik dari kerja, terus semua bersiap-siap. Nasib baik Jannah dan 'Alee bangun awal hari ni.

Pusing-pusing kat sana adalah dalam sejam lebih. Hujan rintik-rintik tidak menghalang kami untuk meneruskan aktiviti. Cuma sempat pusing setengah taman saja. Jannah nampak seronok betul berjalan di taman tu. Meh tengok gelagat anak kecil tu.










Balik jer daripada situ, pergi sarapan. Jannah pulak tidur daripada pukul 1 tgh sampai 5 ptg. Nampak sangat letihnyer...

PicsArt and Photo Grid

Oh... dah bersawang blog aku ni lama tak update. Azam tahun baru hari tu nak letak post lagi banyak daripada tahun lepas. Tp, tak apa, tahun ni sambung balik azam tahun lepas.

Berbalik kepada tajuk asal, bulan 12 lepas gila kejap dengan apps PicsArt dan Photo Grid. Dan hasilnyer... taraaa...