Friday, February 24, 2012

Penangan D'Carbo

Hohoho.. tengok tajuk jer pun dah semacam dah.. Apa ke bendanya D'Carbo ni?

D'Carbo ni sejenis pembersih karbon dalam enjin kenderaan kita. Dia masukkan D'Carbo ke enjin, tunggu 15 minit, tekan minyak perlahan-lahan. Pastu, tu dia.. asap keluar berkepul-kepul menandakan karbon tu dibawa keluar ke ozon kita. Hilang asap, kira pembersihan selesai.

Petang tadi, Jimmy D'Carbo datang ke opis untuk aktiviti pembersihan karbon EK kesayanganku dan MyVi kepunyaan Ana. MyVi tu kereta baru, jadi karbon tak banyak sangat lagi, jadi asap pun tak seputih EKku. Tengok saja perbandingan gambar di bawah ni.


MyVi Ana: Asap sikit jer, kan?


EK kesayanganku: Tu dia... 

Jeng jeng jeng.... esok kompem orang fasiliti tak payah buat fogging tu... ekekeke... Almaklum, kereta dah 15 tahun, aku bawa balik Malaysia masa kereta ni umur 7 tahun. Agaknya dah banyak sangat karbon terlekat kat enjin tu. Agak lama juga la nak habiskan asap ni.

Masa Jimmy D'Carbo suruh test, rasa macam ok jer.. naik bukit pun pakai gear 3. Tapi, kat bumper bukit tu kena tukar gear 2 la. Tak ada apaper perasaan sangat lagi masa tu. Tapi, masa dalam perjalanan balik ke rumah rasa seronok sangat sebab bawa smooth jer macam masa mula-mula dapat kereta ni dulu. Saya amat berpuas hati. 

Terima kasih Mek T sebab memperkenalkan D'Carbo ni kepada aku. 

Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi En Jimmy D'Carbo di talian 012 337 0052 ataupun T di talian 017 337 0052. Berbaloi-baloi....

Untuk bacaan lanjut, boleh ke sini: http://www.jimatminyak4u.com/

No comments: