'Alee Qaiser : 5 jam selepas kelahiran |
Menggamit kembali kelahiran 'Alee, tidak begitu mencabar jika nak dibandingkan sewaktu kelahiran Jannah. Sehari lepas dimasukkan ke hospital, aku telah di'induce' dan jalan dah buka 3cm. Tapi, buka sakat tu jer la. Lepas tu dah tak sakit-sakit lagi. Hari-hari doktor datang periksa, tapi, keadaan macam tu juga. Nasib baik dia tak kerap seluk. Lepas 4 hari, masih juga 3cm. Aku dah minta balik dah dengan doktor. Almaklum, jalan buka sakat tu jer. Sakit nak bersalin tak rasa lagi.
Akhirnya pada hari Khamis, tanggal 22 September, doktor putuskan, baby perlu dikeluarkan juga walaupun tiada apa-apa perkembangan. Jam 12:30 tengahari, turun ke Labour Room. Jam 1:30 tengahari doktor pecahkan air ketuban, induce guna cecair. Golek2 sakit, nah.. jam 3:30 petang, keluar la 'Alee Qaiser.. Doktor yang menyambutnya adalah Dr Lee.. Terima kasih doktor, doktor pelatih (jadi pompom girl kt labour room tu) dan missy yg telah membantu saya... Tak dilupakan juga kekasih hatiku Hyat yang berada di sana memberi sokongan dan bantuan legakan kesakitan... Terima kasih..
Saya amat berpuas hati dengan layanan di Hospital Serdang kali ni...
1 comment:
wah..dah update dah..eheh
Post a Comment