pagi ni aku kemalangan di depan air terjun uitm (laluan utama dan banyak kereta masa tu). aku terus hentikan neo di selekoh ke cancelori untuk melihat keadaan neo yang dilanggar dari belakang. kereta iswara merah yang melanggar kereta aku pun memberhentikan kenderaannya di hadapan neo.
lelaki itu keluar sambil memaki-maki aku dengan loghat utara. aku hanya meminta maaf kerana tidak mahu memanjangkan makian lelaki tersebut. aku tengok keretanya, tiada pun kemek atau kerosakan teruk. tapi badan kereta kiri belakang neo ada kesan geseran dan terpalit cat iswara merah itu.
lelaki itu meneruskan makiannya walaupun telah diminta hentikan makiannya terhadap aku oleh isterinya. ye lah, dia yang langgar neo, kereta dia pun tak de calar apa, tapi masih nak terus marah-marah. aku hanya minta maaf berkali-kali.
kenapa aku tak marah balik atau bertindak tegas?? pagi ni kepala otak aku tepu, letih outstation minggu ni tak habis lagi. isy, tak larat nak layan orang yang tengah marah-marah tu. lagipun, tak elok untuk baby.. takut keluar jer dia ke bumi ni, terus nak maki-maki orang.. nauzubillah... lagipun, buat apa nak layan orang macam tu, sama-sama buat dosa jer...
seperkara yang menarik perhatian aku di sini ialah, sampai jer ke pejabat, setiap orang yang lalu di situ bertanyakan tentang apa yang terjadi, tetapi seorang pun tak berhenti menolong mahupun bertanyakan khabar di tempat kejadian.
seorang rakan lelaki katanya dia tak dapat nak berhenti tadi sebab dah terlambat nak masuk pejabat.
seorang pembantu teknik lelaki berkata, dia tak berhenti sebab tengok orang tu marah-marah, kalau dia berhenti, takut dia pula yang kena pukul!! pulak..... aku pun membalas, "ko lagi rela la tengok perempuan yang mengandung kena macam tu daripada ko kena pukul!" hmm... lelaki apa tu ek??
seorang jurutera lelaki pula berkata, dia ingat aku yang langgar kereta orang tu, tu pasal la dia tak berhenti.
seorang pembantu teknik lelaki yang lain pulak, tak berhenti sebab dia tengok kereta ok jer...
tapi, kesemua mereka tu lalu di lokasi kejadian, nampak keadaan lelaki tu marah-marah, tangan naik-naik macam sotong, aku pulak macam bodoh (bak kata seorang budak fasiliti) jer tak lawan apa-apa. ini baru kat dalam kawasan uitm jer, belum lagi kat luar sana. mereka yang bertanya tu adakah sebab prihatin ataupun sebab perasaan ingin tahu??? hmm... simpati atau empati?
mungkin aku yang salah sehingga menyebabkan pergeseran tu, tapi, pemandu iswara merah, seorang pembantu am pejabat fakulti pendidikan tu tak patut mengeluarkan kata-kata kesat dan makian kepada seorang perempuan, yang mengandung pula. dah minta maaf berkali-kali pun, masih nak maki-maki lagi. ke mana perginya budi bahasa? kata, orang melayu ni kaya dengan budi bahasa..
mungkin ada benarnya kata seorang kak di pejabat ni, "kerja pun pembantu am pejabat, jawatan pun lagi rendah dari kerani, mentaliti dia pun rendah juga la.."
apa-apapun, ruhi dah telefon mamat pembantu am pejabat tu, dan dia minta maaf sebab maki-maki aku... thank you my beloved hubby....... :-*
No comments:
Post a Comment