Wednesday, January 19, 2011

Tupperware 'Blog' Boot Sale

Tupperware SALE! SALE! SALE!


Tapau Set RM 136.90
NOW RM 99

Modular Bowl 3L
RM25
Eco Cherry 500ml
RM 15

Eco Lemon 500ml
RM 15 (SOLD - Q)
Eco Orange 500ml
RM15
Eco Lime 500ml
RM15 (SOLD-mila)

Expression Bowl 1.3L
RM 10

Wondelier Bowl
RM15
Ezy Oval Keeper
1 no. RM 15
2 nos. RM 25
Salt n Spice
1 no RM15
2 nos RM 25
Plum Blossom (orange) 950ml
RM 15

Plum Blossom (pink) 950 ml
RM15

Signature Line 13.4cm (L) x 12.4cm (W) x 7.4cm (H) 
RM10
Fruity Smootie Orange
RM 15 (SOLD - azmah)
Fruity Smootie Cherry
RM 15 (SOLD - yana)
Fruity Smootie Lemon
RM 15 (SOLD - yana)
Fruity Smootie Grapes
RM 15
Lacto Fibre 6s
RM 10
Glass set with lid
RM 15 (SOLD - ana)
Shallow Square Round (2)
RM 10
Rectangular Fresh Keeper 3L RM 49.60
NOW! RM 30

Stak n Stor 2.7L
RM 25
Ramadhan Set (free bag)
RM 25 (SOLD - ana m)
Tumbler
RM 10  (SOLD- mila)
Eco Bottle Blue 1L
RM 25 (SOLD - ana m 1, ana 1)
Modular Bowl 4L
RM 30

Wednesday, January 12, 2011

Mata lalatkah? Mata lebahkah?

Seperti biasa, mendengar motivasi pagi di radio ikim.fm. Topik hari ni adalah mata lalat dan mata lebah.

Mata lalat. Macam mana mata lalat tu? Kita andaikan lalat dan lebah ni ada di sebuah taman. Tapi, dari pandangan mata lalat, apakah benda yang dicarinya? Mesti la najis, sampah dan benda-benda kotor. Berlainan pula dengan mata lebah. Lebah akan mencari bunga dan benda-benda yang indah walaupun ia berada di tempat yang kotor.

Perkara yang cuba disampaikan adalah kita yang berada dalam keluarga, kelas, sekolah, tempat kerja, organisasi ini sekiranya mempunyai mata lalat, maka kita akan melihat perkara negetif sahaja pada ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, bos kita dan pada orang lain. Tetapi, sekiranya kita mempunyai mata lebah, kita akan melihat yang positif sahaja pada mereka.

Jadi, kita pilih. Untuk menjadi mata lebah atau mata lalat. Untuk melihat nilai positif dalam diri seseorang ataupun melihat nilai negatif.

::: Kelabu mata :::

Tuesday, January 11, 2011

Pari Asam Pedas


Pari asam pedas pertama yang aku masak seumur hidup aku. Nampak macam menarik tak? hehehe... Hyat kata sedap. Hoho.. Jangan marah aaa...

Sebelum aku terlupa macam mana aku masak pari asam pedas ni, baik aku coretkan kat sini. Resipinya tak susah mana pun rupanya. Kepada sesiapa yang nak bagi petua ker, resipi pari asam pedas versi sendiri amat dialu-alukan.

Bahan-bahan:

Bahan A
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
2 sudu besar cili giling puteri
sedikit belacan
air sikit

Bahan B
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
5 tangkai daun kesum
2 sudu besar asam jawa tak de biji adabi dibancuh dengan 1 cawan air
5 potong ikan pari yang telah diperam dengan asam jawa dan garam selama setengah jam (lama sebab lepas lumur ikan pari tu, siapkan bahan-bahan lain... hehehe)
10 biji bendi
Minyak masak cukup untuk menumis

Cara-caranya:
1. Kisar bahan-bahan A.
2. Panaskan minyak.
3. Tumis serai sampai naik bau.
4. Masukkan bahan A yang telah dikisar dan masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan bancuhan asam jawa dan biarkan mendidih sikit.
6. Masukkan ikan pari yang telah dibersihkan, bunga kantan dan daun kesum. Biar sampai ikan masak/empuk.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Masukkan bendi.
9. Tutup api.

::: Credit to Nek Tam :::

Monday, January 10, 2011

positive mind...

minda yang positif --> mendengar ilmu daripada sesiapa sahaja --> menganalisa maklumat --> membuat keputusan

minda yang negatif --> tertutup untuk mendengar sebarang ilmu ataupun terima/percaya bulat-bulat apa yang orang lain cakap --> langsung tak menganalisa maklumat --> NO GOOD...

bila yakin pada diri sendiri, kita mampu melakukan apa saja yang ada dalam sasaran kita.

-segmen motivasi pagi, ikim.fm. 2011 januari 10

::: yosh!! let's create S.M.A.R.T goals...Specific Measurable Attainable Realistic Timely :::

Wednesday, January 5, 2011

Gila sebabak-sebabak... Emas la pulak....

Laki aku kata aku gila sebabak sebabak. Aku pada mulanya tak faham apa maksudnya. Tapi, sekarang aku semakin faham. :-D


Sejak bulan 11 yang lalu aku banyak membaca mengenai pelaburan emas di http://www.jutawanemas.com/ dan http://www.pokli.com/. Kiranya sekarang ni aku gila melabur dalam emas pula. Hehehehe..

Sebelum ni memang aku ada baca mengenai pelaburan emas, tak kira la pasal emas jongkong/fizikal atau emas buku (Public Bank dan Maybank). Tapi, tak sampai tahap nak melabur. Baca pun untuk memenuhi masa yang terluang.

Tapi, bulan 11 yang lalu, Miss F datang ke bilikku dan suruh buka web http://www.publicgold.com.my/ untuk tengok harga semasa emas. Beberapa hari lepas tu pulak, Mrs N datang jelaskan mengenai pelaburan emas fizikal PG semasa tunggu giliran pembentangan projek kepada Jawatankuasa.

Dipendekkan cerita, aku mengorak langkah pertama membeli 1 Dinar (emas 916) dengan menggunakan duit raya Noor Jannah. Aku beli pun sebab termakan ayat-ayat Pokli yang membeli dinar untuk anak-anak pakai duit raya mereka. Pokli kata duit raya tu kalau disimpan dalam bank, setahun dividen berapa peratus je. Tapi, kalau melabur dalam emas yang kenaikan setahun lebih 20% tu, bila sampai Noor Jannah besar harganya pun dah naik.

Terus-terang aku cakap kat sini aku memang tak mahir dan tak minat pasal emas sebelum ni. Kalau sakat emas Zhulian tu aku tau la.. sebab dah dua kali masuk jadi ahli. Hehehehe.. Menurut kawan aku yang biasa dengan beli emas kat Habib mahupun Wah Chan mahupun Poh Kong tu harga emas dah naik berbanding dulu.

Terbukti benar sebab masa aku beli 1 Dinar pertama pada pertengahan November RM630. Hari ni aku tengok harga 1 Dinar dah jadi RM660 gitu. WOW!! Dalam masa 3 minggu jer dah naik RM30 lebih. Agaknya kalau lagi 18tahun, 1 Dinar Noor Jannah tu bernilai RM2k lebih kot.. $$$$$

Noor Jannah, ibu akan kumpulkan emas sedikit demi sedikit untuk Noor Jannah. Bila Noor Jannah besar nanti, ibu harap dengan emas ni dapat tampung pengajian Noor Jannah nanti. Tak perlu pinjam dengan PTPTN. Tak perlu pinjam dengan mana-mana bank. Dapat biasiswa tak pe. Hehehehe.. Ibu tak nak anak ibu nanti lepas belajar je dah tanggung beban hutang yang banyak. Semoga Allah permudahkan jalan untuk ibu kumpul emas. Aamiin…

Emas pertama Noor Jannah. Kecik jer...

Tuesday, January 4, 2011

Rahsia Tangisan Bayi

pagi ni aku dapat e-mail pasal rahsia tangisan bayi. macam menarik jer bunyinyer. almaklum la semenjak 4 hari ni melepak ngan noor jannah ni, dia pun dah 'melekat' umpama tak mo berpisah dengan ibunya. pagi tadi pertama kali noor jannah menangis bila ditinggalkan di rumah pengasuhnya.

sehubungan dengan itu, setelah meneliti isi kandungan rahsia tangisan bayi ni, aku decide untuk share ngan korang...

pi ke link ni --> http://rahsiatangisanbayi.com/index.php?ref=redismine

semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat... eheheh...