Seperti biasa, mendengar motivasi pagi di radio ikim.fm. Topik hari ni adalah mata lalat dan mata lebah.
Mata lalat. Macam mana mata lalat tu? Kita andaikan lalat dan lebah ni ada di sebuah taman. Tapi, dari pandangan mata lalat, apakah benda yang dicarinya? Mesti la najis, sampah dan benda-benda kotor. Berlainan pula dengan mata lebah. Lebah akan mencari bunga dan benda-benda yang indah walaupun ia berada di tempat yang kotor.
Perkara yang cuba disampaikan adalah kita yang berada dalam keluarga, kelas, sekolah, tempat kerja, organisasi ini sekiranya mempunyai mata lalat, maka kita akan melihat perkara negetif sahaja pada ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, bos kita dan pada orang lain. Tetapi, sekiranya kita mempunyai mata lebah, kita akan melihat yang positif sahaja pada mereka.
Jadi, kita pilih. Untuk menjadi mata lebah atau mata lalat. Untuk melihat nilai positif dalam diri seseorang ataupun melihat nilai negatif.
::: Kelabu mata :::
2 comments:
baguslah kak tulis benda2 motivasi ni.. ada pengisian blog yg bagus!
p/s: bestnya nak jadi mata lebah laaa!
kebetulan pengisian motivasi pagi ni agak bagus, tu yang kongsikan bersama.. plus tu sebagai motivasi untuk diri sendiri juga...
marilah kita menjadi mata lebah!! yosh!!
Post a Comment