Wednesday, January 5, 2011

Gila sebabak-sebabak... Emas la pulak....

Laki aku kata aku gila sebabak sebabak. Aku pada mulanya tak faham apa maksudnya. Tapi, sekarang aku semakin faham. :-D


Sejak bulan 11 yang lalu aku banyak membaca mengenai pelaburan emas di http://www.jutawanemas.com/ dan http://www.pokli.com/. Kiranya sekarang ni aku gila melabur dalam emas pula. Hehehehe..

Sebelum ni memang aku ada baca mengenai pelaburan emas, tak kira la pasal emas jongkong/fizikal atau emas buku (Public Bank dan Maybank). Tapi, tak sampai tahap nak melabur. Baca pun untuk memenuhi masa yang terluang.

Tapi, bulan 11 yang lalu, Miss F datang ke bilikku dan suruh buka web http://www.publicgold.com.my/ untuk tengok harga semasa emas. Beberapa hari lepas tu pulak, Mrs N datang jelaskan mengenai pelaburan emas fizikal PG semasa tunggu giliran pembentangan projek kepada Jawatankuasa.

Dipendekkan cerita, aku mengorak langkah pertama membeli 1 Dinar (emas 916) dengan menggunakan duit raya Noor Jannah. Aku beli pun sebab termakan ayat-ayat Pokli yang membeli dinar untuk anak-anak pakai duit raya mereka. Pokli kata duit raya tu kalau disimpan dalam bank, setahun dividen berapa peratus je. Tapi, kalau melabur dalam emas yang kenaikan setahun lebih 20% tu, bila sampai Noor Jannah besar harganya pun dah naik.

Terus-terang aku cakap kat sini aku memang tak mahir dan tak minat pasal emas sebelum ni. Kalau sakat emas Zhulian tu aku tau la.. sebab dah dua kali masuk jadi ahli. Hehehehe.. Menurut kawan aku yang biasa dengan beli emas kat Habib mahupun Wah Chan mahupun Poh Kong tu harga emas dah naik berbanding dulu.

Terbukti benar sebab masa aku beli 1 Dinar pertama pada pertengahan November RM630. Hari ni aku tengok harga 1 Dinar dah jadi RM660 gitu. WOW!! Dalam masa 3 minggu jer dah naik RM30 lebih. Agaknya kalau lagi 18tahun, 1 Dinar Noor Jannah tu bernilai RM2k lebih kot.. $$$$$

Noor Jannah, ibu akan kumpulkan emas sedikit demi sedikit untuk Noor Jannah. Bila Noor Jannah besar nanti, ibu harap dengan emas ni dapat tampung pengajian Noor Jannah nanti. Tak perlu pinjam dengan PTPTN. Tak perlu pinjam dengan mana-mana bank. Dapat biasiswa tak pe. Hehehehe.. Ibu tak nak anak ibu nanti lepas belajar je dah tanggung beban hutang yang banyak. Semoga Allah permudahkan jalan untuk ibu kumpul emas. Aamiin…

Emas pertama Noor Jannah. Kecik jer...

No comments: