Thursday, June 30, 2011

doktor review part 1 - kesan kencing manis masa mengandung..

2 tahun lepas masa mengandungkan noor jannah pun kena kencing manis juga. tapi, doktor masa tu tak la memberi penerangan secara terperinci melainkan suruh jaga makan, kalau tak baby besar dan kena paksa bersalin.

tapi, pagi ni, jumpa doktor untuk review BSP semalam, macam-macam penerangan yang diberikan. tetiba ada rasa cuak pulak. tak macam sesi mengandung yang lepas. kata-kata doktor tak memberi apa-apa kesan pun terhadap diriku ini. tapi, kata-kata doktor hari ni agak memberi kesan kepada diriku ini. oh.. tidak...

antara kata-kata doktor hari ni:
  1. sekali dah kena kencing manis sewaktu mengandung, dalam masa 10 tahun akan datang, kalau tak jaga pemakanan, walau pun dalam keadaan mengandung ataupun tidak, kencing manis akan menetap di dalam badan. kebarangkalian cik kencing manis nak panggil kawan baiknya cik darah tinggi pun agak tinggi. jadi, jagalah pemakanan mulai sekarang. kurangkan makan makanan yang tinggi kandungan gula, roti canai & nasi lemak kena tinggal dulu buat masa ni. banyakkan makan protein dan buah-buahan. nasi sikit ajer, ok?
  2. kesan kencing manis: baby kecil (agak keliru sikit.. lain doktor lain pandangan kot??), air kutuban banyak sangat. bila air dah banyak, baby mungkin akan terminum air tu dan akan memberi kesan terhadap otak, paru-paru dan tumbesaran. baby mungkin dilahirkan awal kalau kandungan gula dalam badan tidak stabil.
  3. pastikan masa buat ujian BSP tu betul-betul 2 jam selepas habis makan. supaya pembakaran makanan secara menyeluruh dan dapat tengok ok ke tak pembakaran tu. contoh semalam bsp kul 2 aku fail. sebab aku makan kul 1, habis makan ala-ala pukul 1:30pm. buat BSP kul 2:30pm. tak cukup 2 jam. doktor pun kata missy nanti mungkin la marah sebab buat ujian lambat, tapi, kalau buat awal pun tak ada maknanya.. jadi, bersabar saja la kalau missy marah.. sapa suh makan lambat??
  4. kalau badan tak mampu proses gula dalam badan, baby terpaksa tolong ibu proses gula tu.. kesian pada baby. sepatutnya, dia terima apa jer daripada badan ibu, tapi, dia pula terpaksa bekerja bersama ibu...
oleh yang demikian, mulai hari ni kena jaga makan, minum lacto fibre secara konsisten dan banyakkan makan protein. semoga BSP akan datang keputusannya ok semuanya dan baby lahir ikut masa yang sepatutnya... aamiin...

No comments: