Wednesday, February 20, 2013

kencing manis? not this time.. huhu

hari ni ada appointment ngan doktor kt klinik desa. tunggu daripada pukul 9:30pg tadi. sampai sekarang (11:45pg) tak masuk-masuk lagi. mereka yang periksa perut dan baby dah lama selesai. dah lengang pun klinik ni. agaknya doktor periksa dengan teliti setiap pesakit, tu yang ambil masa tu. sesambil tunggu tu, cik bejeweled, cik astro ngan cik iquran menemani selama 2jam lebih nih.

sejak awal tahun hari tu dah mula rutin ke klinik desa ni. pemeriksaan baby ke3 kami. hehe.. rasa macam baru jer lepas bersalin, dah mengandung balik. hehe.. tapi, yang bestnya pregnancy kali ni, LULUS MGTT. kira tak ada kencing manis kali ni. huhu.. alhamdulillah...

pregnancy kali ni juga, 100% mengamalkan vitamin semulajadi jenama shaklee. tak ambil vitamin klinik. yang penting, nutrisi untuk ibu mengandung diambil secukupnya.

makan vitamin apa tu?

vitamin basic untuk kesihatan diri iaitu vit c, b complex dan multivitamin (keluaran shaklee dinamakan vitalea). plus, ostematrix (kalsium magnesium, vit d & more seperti yang tertulis di label) sebagai pengganti susu memandangkan susu adalah minuman yang  cukup payah kutelan. trimester kedua, tambah makan omega dan soy protein.

nampak macam makan banyak sangat vitamin, kan? tapi, semua tu bukannya makan sekaligus. ada cara pengambilannya. yang tu citer di lain entry.

p/s: doktor suruh minum air gula bila baby umur 7 bulan nanti sebab ada sejarah silam. minta-minta lulus juga.. aamiiin...

No comments: