Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam buat junjungan kita nabi Muhammad SAW.
Entry sebelum ni awal 2015. Sekarang akhir 2016. Maknanya dah dekat 2 tahun blog ni kena tinggal. Dah bersawang 🕸 🕷 kronik ni. 😁
Jom recap apa yang berlaku dari awal 2015 hingga akhir 2016.
AWAL 2015
Pendidikan
Dalam proses rayuan menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam pengurusan fasiliti. Alhamdulillah, lepas berhadapan isu antara boleh sambung dengan tak boleh sambung, keputusannya, boleh sambung dengan izinNya.
Pulun la start cari literature, draft apa nak kaji dan sebagainya. Amik cuti dalam 2 minggu kot untuk dapatkan data. Keje kat opis alhamdulillah dibantu oleh cik ana m, cik bos dan juga t.a-t.a tersayang. Lepas tu penulisan banyak buat waktu pagi, hujung minggu dan kadang-kadang time kat opis dengan kebenaran pengarah. Namun, disebabkan terlalu nak perfect, sem tu tak lepas.
Dalam dilema ingat gagal lagi sekali, tapi dengan izin Allah, keputusan sem tu jadi TL. Jadi, ada peluang untuk tamatkan penulisan. Akhirnya, dalam Feb 2016 submit dissertation lengkap. Alhamdulillah lulus dan boleh grad.. Yea.. 🎊🎊🎊 November 2016 konvo.. Yea.. 🎓🎓🎓 Rezeki ayah dapat tengok kami konvo kali ni.
Syukran ya Allah..
Kerjaya
Untuk laluan kerjaya, November 2016 pergi interview kenaikan pangkat 48. Keputusan tak keluar lagi. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Kalau tak ada, alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang.
Transformasi pertama pada Feb 2016 masih kekal di bahagian projek. Tapi, transformasi kedua pada Disember 2016 ditukarkan ke bahagian dasar. Masih tak ada tugasan khas lagi di sana. Kerja sekarang adalah menyiapkan paperwork VO dan EOT projek terdahulu. Menanti penuh debaran ni ada task di bahagian baru.
Keluarga
Sepanjang 2015 dan 2016 ni, alhamdulillah kesihatan diri, suami dan anak-anak adalah baik.
Jannah pergi ke pelbagai department di Hospital Serdang dan HKL. Hasil daripada beberapa siri pemeriksaan pelbagai pakar, akhirnya Jannah disahkan mempunyai masalah pembelajaran dan dah dapat kad OKU. Tahun 1 nanti Jannah akan masuk kelas khas. In sha Allah.
Alee alhamdulillah dah boleh membaca bahan bacaan bahasa melayu dan iqra 2.
Jad.. Hmmm.. Macam tu la. Makin bijak bercakap dan pandai memujuk. Dah tak pakai pampers.
No comments:
Post a Comment