Sunday, February 4, 2018

Welcome 2018

Haha..

Dah masuk bulan Februari baru nak citer pasal Welcome 2018 yer..

Tahun ni 'Alee darjah satu, Jannah darjah dua, Jad tukar ke Tadika Pasti dekat dengan rumah.

Persiapan sekolah 'Alee bermula akhir Oktober 2017 sebab hujung bulan tu dia ada exam untuk tentukan kelas bila naik sekolah nanti. Lepas tu, lagi beberapa hari nak masuk sekolah, baru sibuk belikan buku dan daftar sekolah agama. Nasib baik la ada kekosongan lagi. Alhamdulillah. Kalau tak, pagi tu 'Alee lepak la kat opis ibu sementara tunggu masuk sekolah tengahari tu.

Jad pun sama juga.. Preparation last minute. Nasib baik juga ada kekosongan kat Tadika Pasti tu. Kalau tak, masuk balik la tadika lama Jad. Jad pun seronok sebab baju seragam tadika tu warna kegemaran dia. Semangat nak masuk sekolah hari pertama. Tapi, lepas tu, start balik meragam waktu pagi.

Jannah alhamdulillah macam biasa ok jer pergi sekolah. Yuran dia jer tak bayar lagi.. ehehehe..

Kalau awal tahun lepas anak-anak kena chicken pox, tahun ni alhamdulillah, sihat. Cuma beberapa minggu lepas, Jad demam panas, muntah dan cirit. 'Alee pulak batuk berpanjangan. Jannah ada demam sekejap. Alhamdulillah sekarang semua sihat walafiat.

AZAM TAHUN 2018

Kalau tahun lepas, nak habiskan 1 personal loan (BERJAYA) dan turun 10kg (GAGAL), tahun ni nak carry forward yang 10kg tu.. tp, rasa mcm mustahil jer.. kita set 5kg jer la tahun ni. Untuk merialisasikan impian ini, jom buat SMART goals. Tapi, rasa macam kena buat SWOT analysis dulu. hahaha...

Takpe la.. kita list dulu apa nak capai tahun ni:

1. Turun 5kg daripada berat semasa. (Timbang kemudian)
2. Langsai 3 hutang --> yang ni dah buat SMART goal.. dah berjalan sebanyak 10%. In sha Allah boleh capai tahun ni.
3. Capai 2x ganda daripada cash sediaada --> utk biz
4. Sambung PhD?? --> yang ni kena tengok keadaan kesihatan En Hyatt.
5. Pergi kelas Tadabbur Quran --> sila jangan kecam sebab letak list no.5

Next entry flashback 2017, in sha Allah. Moh pikir SWOT analysis dan SMART goal bagi mencapai list di atas.. huhu..

No comments: