Friday, January 9, 2009

aKhIrNya... sate ikan



Akhirnya...
Berakhirlah ke'kempunan'an aku terhadap menda ni... Kebetulan semalam tergerak hati nak ke pasar malam. Almaklum, dah lama sangat tak ke sana. Jalan punya jalan, ternampak sate ikan ni. Apa lagi, hatiku melonjak gumbira la. Bukan apa, semasa aku ke majlis penutup program membaca di Anjung Rahmat tu, aku ternampak ada seorang budak makan sate ni.
Aku pun bertanya (Hyatt yang tolong tanyakan sebenarnya..), "Beli kat mana ni dik?". "Kat bawah tu", jawab adik tadi. Balik tu, kami tercari-cari penjual sate ikan tu, malangnya gagal dikesan. Kenpunan ler aku..
Bukan apa, masa aku sekolah rendah dulu, ada seorang abang ni jual sate ikan naik moto. Selalu juga la beli. Masa tu harga dia 10sen 1 cucuk. Sekarang ni dah naik harga dah. 20sen 1 cucuk. Boleh la..
Janji aku dah tak kempunan sate ikan lagi... huhu.. \(^-^)/

No comments: