Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya berjaya dapat tapak untuk baju bayi ni. Hari ni hari pertama, tu sebab nampak kereta tolak agak membosankan.. Tak ada apa-apa hiasan yang menarik pun kat kereta aku ni. :-D
Insya-allah esok, pergi beli lampu dan apa-apa yang patut untuk hiasan kereta aku ni. Huhu..
Kereta ni akan bertapak di sana selama 3 hari, Jumaat, Sabtu & Ahad di sebelah kedai kain Nagoya kat Tingkat 1, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Aku harap dapat bertahan lama la kat sana.
Selain baju bayi ni, ada juga baju muslimah. Tapi, minggu ni tak ada banyak la sebab akak baju muslimah tu tengah fokus kat PKNS, ada promosi maal hijrah kat sana.
Senang-senang, jenguk-jenguk la kereta kami ni. Ada macam-macam baju bayi dan beberapa item yang boleh dibuat hadiah untuk bayi baru lahir.
2 comments:
dah ada booth! wah. semoga lebih maju.
alhamdulillah... harap2 dpt bertahan... kalau alia chan nk beli baju baby, meh la ke sini.. branded2.. tp, yg off season nyer la... :-D
Post a Comment