Minggu ni minggu pertama kerja untuk 2009. Lambat dah 2 kali. Apa nak jadi la..
Minggu ni aku mengambil keputusan untuk tidak bermalam di Shah Alam. Nak buat eksperimen sikit.
Semalam aku ambil keputusan untuk tidak melalui Lebuhraya Persekutuan untuk balik ke UK, sebaliknya aku melalui NKVE.
Masa yang dicatatkan: 56 minit. Jarak: 49km. Tol: RM2.60
Biasanya, kalau ikut LP, mahu 2 jam perjalanan baru sampai rumah! Kalau macam ini la gayanya, boleh la ikut NKVE untuk hari-hari selepas ini ;-)
Hari ni, aku pergi kerja ikut jalan yang biasa aku lalui. MRR2 - AKLEH - NPE - LP. Bertolak kul 7:00pg jam EKku.
Masa yang dicatatkan: 63 minit. Jarak: 47km. Tol: RM5.80.
Esok aku cuba ikut NKVE untuk ke S.A. Nanti bolehlah timbangtara mana yang lebih menguntungkan. Huhu..
***Duit minyak?? Fikir-fikirkanlah***
No comments:
Post a Comment